Saturday, October 15, 2011

Polis Akan Kutip Hutang Saman Dari Rakyat Singapura

0

Pihak berkuasa akan mengadakan lebih banyak sekatan jalan raya bagi mengutip lebih 417,500 saman trafik tertunggak atau purata 104 saman yang tidak dibayar setiap hari sejak tahun 2000 melibatkan kenderaan berdaftar di Singapura.

Saman yang dianggarkan bernilai puluhan juta ringgit itu adalah daripada 624,716 saman trafik yang telah dikeluarkan terhadap pemandu dari republik itu sejak tahun 2000.



Kebanyakan daripada saman itu melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju khususnya di Lebuh Raya Utara-Selatan, meletak kenderaan di tempat larangan dan memotong di garisan berkembar.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, sebahagian besar daripada saman itu atau 420,561 saman dikeluarkan oleh polis negeri itu.


“Jumlah saman yang belum dijelaskan di Johor adalah sebanyak 272,271 manakala bakinya melibatkan saman yang dikeluarkan di negeri-negeri lain,’’ katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat keselamatan dengan media Singapura di sini semalam.




sumber: kosmo

Polis terlalu berlembut dengan rakyat Singapura, mereka tidak takut dengan undang-undang negara kita, sebab itu mereka buat tidak tahu sahaja dengan saman yang dikeluarkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting