Friday, October 7, 2011

Fida Putuskan Hubungan Cinta Dengan Mamat

0

Fida memutuskan hubungan cinta dengan Mamat untuk meredakan keadaan yang makin rumit.


Ikuti temubual eksklusif dengan Fida:

  • Status hubungan sekarang selepas isu nampak rambut.
    Hubungan kami sebelum ini sebenarnya tergantung dan memang itu keputusan kami bersama untuk meredakan keadaan yang nampak semakin rumit ketika itu.


    Tetapi, selepas di fikirkan balik, Fida buat keputusan sendiri di sebelah pihak Fida yang hubungan ini perlu di putuskan sekarang atau situasi akan menjadi lebih buruk.



    • Adakah keputusan ini berpunca semata keran isu gambar atau ada faktor lain
    Isu gambar saya yang Maamat sebarkan itu adalah salah satu faktor dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan Fida menarik diri dari hubungan ini.


    Mamat baik sebenarnya. Kalau kenal rapat, dia memang baik tetapi buat masa sekarang biarlah Fida tumpukan kepada karier, keluarga dan perniagaan Fida sahaja.


    • Fida buat keputusan ini tanpa berbincang dengan Mamat, tidak takut Mamat marah kerana tahu melalui media?
    (Ketawa) Fida harap dia faham keputusan Fida. Itu sahaja dan kami bukannya ada hubungan sah macam suami isteri atau apa apa dan keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Kami baru mahu menapak dalam dunia seni.


    • Ada pesanan untuk Mamat kalau dia membaca tulisan kami?


    Fida harap di masa akan datang kalau dijodohkan dalam satu projek bersama, kita berdua boleh bekerja secara professional dan tidak biarkan apa yang terjadi ganggu kerja kita berdua.





    Sekian.


    Ada yang berminat dengan Fida?

    sumber: rotikaya

    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

     
    Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting