Musim 2011 Tiger Woods terus dirunding malang apabila seorang peminat mencampakkan hot dog ke arahnya ketika pusingan akhir Terbuka Frys.com di Corde Valle, kelmarin.
Ketika insiden itu, Woods yang sedang bersiap sedia untuk meneruskan permainan pada lubang ke 16, tiba-tiba dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang berada di kalangan penonton apabila membaling hot dog ke arah Woods.
Menyedari kejadian itu, Woods berundur daripada membuat pukulan. Lelaki terbabit menyerah diri kepada kakitangan keselamatan dan polis.
Pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti lelaki tersebut, namun menyatakan dia berada dalam keadaan mabuk dan ditahan untuk membantu siasatan.
"Apabila saya melihat ke atas, hot dog melayang ke arah saya.
"Lelaki itu agak jauh dari kedudukan saya. Dia bagaikan sengaja ingin ditahan kerana dia terus meniarap dan melatakkan tangannya ke belakang badan.
"Saya fikir dia ingin masuk surat khabar dan saya pasti hajatnya tercapaim" kata Woodsm pemenang 14 kejuaraan major.
0 comments:
Post a Comment