Thursday, October 13, 2011

Lelaki Buaya Darat Dibelasah Berfoya Dengan Isteri Orang

0

Seorang lelaki buaya darat cedera parah apabila dibelasah termasuk cermin keretanya dipecahkan suami kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa membawa isterinya keluar untuk berfoya-foya, di Arau, Perlis, malam kelmarin.


Difahamkan, mangsa berusia 43 tahun sebelum itu berani apabila keluar bersama isteri orang berusia 40-an yang turut mempunyai seorang anak lelaki berusia 20-an.


Sumber berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam ketika mangsa keluar bersama kekasihnya sebelum kenderaan mereka berhenti di lampu isyarat.

 gambar hiasan


Menurutnya, sejurus selepas itu, kereta lelaki berkenaan dihimpit sebuah kereta lain sebelum suami kekasihnya berusia 49 tahun bersama anaknya meluru turun lalu memukul cermin depan dan belakang kenderaan mangsa hingga pecah.


“Mangsa melarikan diri dengan memandu keretanya menghala ke sebuah kawasan kampung di Jejawi Dalam, di sini, bagaimanapun tindakannya diekori suami kekasihnya itu.


“Kereta mangsa sekali lagi dihimpit kenderaan suami kekasihnya sebelum dia dipaksa keluar,” katanya.


Menurutnya, mangsa dipukul suami kekasihnya menggunakan kayu mengakibatkan dia cedera di tangan.


Katanya, pergelutan yang berlaku beberapa minit berkenaan disedari penduduk kampung sebelum bertindak meleraikan mereka.




sumber: hmetro

Berani sangat bawa isteri orang, sekarang terima padah. Si isteri, apa kes pulak?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting