Showing posts with label Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Tempatan. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

Anak Yang Hilang Ditemui Melalui Facebook

0

“Nasib baik saya simpan kata laluan facebook milik Nurul Nursyawatie, memudahkan saya dan suami mengesannya berdasarkan maklumat rakan anak perempuan saya dalam laman sembang terbabit,” kata Norhafiza Nordin, 37, yang bersyukur dapat menemui semula anak sulungnya yang hilang dua hari lalu.


Berdasarkan maklumat daripada facebook itu, Nurul Nursyawatie Mohd Sabri, 14, ditemui semula ketika bersiar-siar bersama rakannya di pasar malam di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang, kira-kira jam 9 malam kelmarin selepas 36 jam dilaporkan hilang.





“Ketika berjumpa hati saya cukup gementar dan mengalir air mata kerana tidak dapat menahan sebak sebaik bertemu dengan Nurul bersama kawannya dikenali sebagai Amira di pasar malam itu.


“Nurul terkejut kerana tidak menjangka bertemu dengan saya dan bapanya (Mohd Sabri Samat) yang bergegas ke Pulau Pinang selepas memperoleh maklumat daripada rakan Nurul menerusi facebook miliknya.




“Saya memberi kebebasan kepada anak menggunakan Internet termasuk melayari facebook tetapi kata laluannya saya simpan bagi memudahkan pemantauan,” katanya.




sumber: harianmetro

Syukur akhirnya bertemu juga anak yang hilang itu. Si anak sepatutnya berfikir panjang sebelum berbuat sesuatu keputusan. Kasihan ibu bapa risau memikirkan nasib anak yang tidak diketahui.

Read more

Friday, October 14, 2011

Teksi Kenakan Bayaran RM50 Untuk Perjalanan 5 Kilometer

0

Jarak perjalanan tidak sampai lima kilometer, tetapi kadar tambang dikenakan hingga RM50, begitulah sifat tamak sesetengah pemandu teksi mengambil kesempatan terhadap pengguna yang baru tiba di KL Sentral dan ingin ke destinasi seterusnya.


Kadar tambang melampau itu dikenakan kepada penumpang yang ingin ke Mid Valley dari stesen berkenaan oleh pemandu teksi yang turut bertindak sebagai ‘ulat’ bagi menarik pelanggan.


Namun, sikap tidak bertanggungjawab itu mengundang padah apabila mereka ditahan anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) dalam operasi khas di KL Sentral, kelmarin.


Dalam operasi tiga jam bermula jam 7 malam itu, lima pemandu teksi termasuk seorang anggota Rela terjerat apabila pelanggan yang cuba ditipu sebenarnya pegawai yang menyamar.



Ketua Bahagian Penguatkuasaan Spad, Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, operasi itu dijalankan selepas mendapat banyak aduan orang ramai terutama yang baru tiba di stesen berkenaan dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) menaiki bas dan ingin mengambil teksi.


Menurutnya, semua pemandu teksi ditahan tidak menggunakan meter serta mengenakan kadar tambang tidak munasabah ke lokasi seperti KLCC, Taman Tun Dr Ismail dan tempat lain sekitar ibu kota.


“Kami mengesan salah laku pemandu yang meletakkan teksi di parkir berbayar berhampiran pintu ketibaan di KL Sentral, sebelum mencari serta memujuk orang ramai yang baru sampai dari LCCT menaiki bas.


“Mereka memberi pelbagai alasan kepada penumpang yang ingin menaiki teksi mereka seperti destinasi terlalu jauh hingga pemandu tidak mendapat untung jika menggunakan meter dan keadaan jalan sesak menyebabkan perjalanan mengambil masa lama.


“Pengguna mungkin terpedaya dengan pujukan itu dan bersetuju dengan kadar tambang ditetapkan. Mereka kemudian dibawa ke tempat letak kereta berhampiran untuk menaiki teksi. Sebaik menaikinya, pegawai yang menyamar sebagai penumpang terus menahan pemandu berkenaan,” katanya yang turut menyertai operasi itu.


Sebanyak 75 teksi diperiksa dalam operasi bersepadu membabitkan Spad, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pengurusan KL Sentral.

sumber: hmetro

Pernah naik teksi sejauh 30 kilometer dan dikenakan bayaran sebanyak RM45, munasabah atau tidak? Kami bertanya kerana tidak biasa menaiki teksi. Dan pengalaman menaiki prebet sapu lagi mengancam, rm30 untuk 3 kilometer. Ok, kami terkena.



Read more

Thursday, October 13, 2011

Lelaki Buaya Darat Dibelasah Berfoya Dengan Isteri Orang

0

Seorang lelaki buaya darat cedera parah apabila dibelasah termasuk cermin keretanya dipecahkan suami kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa membawa isterinya keluar untuk berfoya-foya, di Arau, Perlis, malam kelmarin.


Difahamkan, mangsa berusia 43 tahun sebelum itu berani apabila keluar bersama isteri orang berusia 40-an yang turut mempunyai seorang anak lelaki berusia 20-an.


Sumber berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam ketika mangsa keluar bersama kekasihnya sebelum kenderaan mereka berhenti di lampu isyarat.

 gambar hiasan


Menurutnya, sejurus selepas itu, kereta lelaki berkenaan dihimpit sebuah kereta lain sebelum suami kekasihnya berusia 49 tahun bersama anaknya meluru turun lalu memukul cermin depan dan belakang kenderaan mangsa hingga pecah.


“Mangsa melarikan diri dengan memandu keretanya menghala ke sebuah kawasan kampung di Jejawi Dalam, di sini, bagaimanapun tindakannya diekori suami kekasihnya itu.


“Kereta mangsa sekali lagi dihimpit kenderaan suami kekasihnya sebelum dia dipaksa keluar,” katanya.


Menurutnya, mangsa dipukul suami kekasihnya menggunakan kayu mengakibatkan dia cedera di tangan.


Katanya, pergelutan yang berlaku beberapa minit berkenaan disedari penduduk kampung sebelum bertindak meleraikan mereka.




sumber: hmetro

Berani sangat bawa isteri orang, sekarang terima padah. Si isteri, apa kes pulak?

Read more

Wednesday, October 12, 2011

Wanita Mati Akibat DItumbuk Dengan Kuat Di Kepala

0

Seorang wanita yang ditemui mati di Kuarters Pejabat Haiwan Taman Golden Wood, Kuala Kubu Baharu pada Ahad lepas, dipercayai mati akibat tumbukan yang kuat di bahagian kepala dan mukanya.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Afendy berkata, hasil bedah siasat Hospital Kuala Kubu Baharu mendapati mangsa mengalami pendarahan dalam otak akibat perbuatan itu.


"Siasatan awal kita mendapati tiada sebarang objek digunakan. Kesan tumbukan terdapat pada bahagian leher kiri mangsa dan mangsa juga dipercayai tidak dicekik kerana tulang leher mangsa tidak patah,” katanya hari ini.

 gambar hiasan


Bagaimanapun, polis tidak dapat menentukan berapa kali mangsa ditumbuk.


Mangsa dipercayai dibunuh selepas berlaku pertengkaran dengan anggota keluarga terdekatnya.


Mayat S. Gurmeet Kaur, 41, ditemui di atas katil dengan keadaan mukanya berdarah serta mempunyai kesan lebam.


Setiap hari ada sahaja berita mengerikan seperti ini. Adakah dunia sudah tiada tempat yang selamat? 




sumber: kosmo

Read more

Tuesday, October 11, 2011

Restoran Nak Cepat Kaya; Harga Cekik Darah

0

Seorang pelanggan di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini terkejut apabila dia mendakwa dikenakan bayaran sebanyak RM17.50 untuk segelas teh o ais dan sepinggan nasi berlaukkan ayam goreng, kerabu pucuk paku dan tempe masak sambal.


Menurut pelanggan itu yang cuma ingin dikenali sebagai Ashraf, dia singgah ke restoran tersebut untuk makan tengah hari semalam.


“Saya pertama kali pergi ke kedai makanan itu dan pada saya ia hanya kedai biasa sahaja cuma bahagian dalam mempunyai ruang khusus untuk pendingin hawa.

 Ashraf menunjukkan resit yang diterimanya


“Selepas ambil makanan, saya makan di bahagian luar restoran ini. Kemudian semasa saya ingin membayar makanan, saya diberitahu kena bayar RM4 untuk segelas teh o ais dan RM13.50 untuk makanan,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.


Ashraf yang merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat pengurusan bangunan memberitahu, restoran itu tidak kelihatan seperti sebuah restoran bertaraf lima bintang atau terdapat di hotel.


“Walaupun saya pernah makan di tempat-tempat yang eksklusif dan membayar pada harga yang tinggi untuk perkhidmatan yang disediakan tetapi saya tidak rasa restoran ini bertaraf eksklusif dan pada pandangan saya biasa sahaja dan tiada yang istimewa,” ujarnya.


Harga segelas teh o ais di kebanyakan restoran ialah RM1 hingga RM1.70 manakala sepinggan nasi ayam goreng, kerabu pucuk paku dan tempe masak sambal pula RM5 hingga RM8.




sumber: kosmo

Read more

Monday, October 10, 2011

Program Cari Jodoh; Lelaki Diperlukan!!

0

Hasrat kerajaan Kelantan membantu wanita bujang mencari pasangan melalui penubuhan unit cari jodoh atau `Mahligai Sakinah', kurang mendapat sambutan di kalangan lelaki apabila tidak ramai yang berminat untuk mendaftar.


Sambutan dingin daripada kaum Adam itu menyebabkan unit berkenaan menghadapi masalah untuk mencarikan pasangan sesuai bagi wanita yang berdaftar.



Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, unit ‘Mahligai Sakinah’ yang diwujudkan sejak 2007 itu mendapat sambutan menggalakkan daripada wanita bujang tetapi bilangan calon lelaki yang sedikit menyukarkan pihaknya membuat padanan.


Tanpa menyebutkan angka terkini yang berdaftar, beliau berkata, kekurangan publisiti mengenai Mahligai Sakinah mungkin menjadi antara faktor kurangnya calon lelaki di samping kecenderungan orang muda mencari jodoh sendiri.




sumber: utusanmalaysia

Read more

Lelaki Pukul Ibu Dengan Penyapu

0

Seorang lelaki hari ini diarah dihantar ke Hospital Permai, Johor untuk pemerhatian selepas didakwa memukul ibunya dengan sebatang penyapu.


Ahmad Shukri Abdul Razak, 54, yang dipercayai kurang siuman, diarah menjalani pemeriksaan itu oleh Majistret Noradila Ab Latif ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini.


Berdasarkan kertas pertuduhan, Ahmad Shukri dituduh memukul ibunya, Salasiah Muda, 71, dengan sebatang penyapu di sebuah rumah beralamat Lot 30, Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu, kira-kira 11 malam pada 21 Julai lalu.

 gambar hiasan


Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama.


Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau sebat.


Ahmad Shukri kelihatan tenang dan beberapa kali mengangguk ketika pertuduhan dibacakan.


Nordila menetapkan 2 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan Ngiam Ooi Ming.



sumber: bharian

Betul ke kurang siuman? Atau sekadar alasan untuk elak dari hukuman?

Read more

Sunday, October 9, 2011

Suami Nafsu Liar Berkhalwat Bersama Wanita Bukan Islam

0

Meskipun sudah beristeri dan mempunyai dua anak, nafsu buas seorang lelaki berstatus suami dan bapa masih tidak dapat dikawal apabila dicekup berkhalwat bersama wanita bukan Islam di hotel di Jalan Irving, di Georgetown, kelmarin.


Dalam kejadian jam 3 petang, lelaki berusia 30-an itu ditemui bersama seorang wanita juga berusia 30-an yang ketika itu hanya berkemban menggunakan tuala.




Ketua Unit Operasi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Khairul Azman Azizan berkata, pemeriksaan di dalam bilik itu menemui seorang lelaki di dalam bilik dan pemeriksaan mendapati suspek beragama Islam dan mengaku berkahwin serta mempunyai dua anak.


Katanya, lelaki itu mengaku membayar RM40 kepada wanita terbabit untuk mengurut badannya di bilik hotel.

sumber: hmetro

Malang betul nasib isteri kepada lelaki ini.



Read more

Aktiviti Beli Dadah Di Kaki Lima Di Kuala Lumpur

0

Ikuti video yang dirakam wartawan ini berhubung isu penjualan syabu di kaki lima:




Jika penjualan dadah semudah dan sebebas ini, maka tidak hairan jika kanak-kanak pun sudah pandai hisap dadah di usia muda. Kerjasama segenap lapisan masyarakat amat diperlukan untuk membanteras kegiatan ini daripada berleluasa.

gambar hiasan

Read more

Suspek Kes Dadah Mati Terjatuh Bangunan

0

Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kes dadah terbunuh selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah hotel ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis di Klang, Selangor hari ini.


Dalam serbuan sama, tiga lagi suspek termasuk seorang wanita warga Indonesia berumur 30 tahun turut ditahan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata dalam kejadian jam 9.25 pagi itu, sepasukan anggota polis dari Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang menyerbu bilik yang didiami lelaki berkenaan tetapi penghuninya enggan membuka pintu menyebabkan polis cuba memecah masuk dengan menendang pintu itu.


Beliau berkata kira-kira 10 minit kemudian pintu bilik dibuka oleh seorang wanita warga Indonesia dan ketika polis membuat pemeriksaan, lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai telah terjun dari tingkap tandas bilik hotel ketika cuba mengelak daripada ditahan.


"Pengurus hotel bertugas yang turut serta dalam serbuan itu kemudian menemui mayat lelaki berkenaan di pelantar tingkat dua dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.


"Turut ditemui di sebelah mayat lelaki yang hanya memakai seluar jeans itu ialah beberapa paket dadah jenis syabu dan pil-pil ecstacy," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.


Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu yang mendaftar masuk ke hotel berkenaan semalam mempunyai dua rekod kesalahan lalu iaitu membabitkan dadah dan curi motosikal.
Mohamad berkata pemeriksaan di bilik itu turut menemui beberapa paket dadah dan kunci kereta.


Siasatan polis seterusnya menemui sebuah kereta jenis Iswara Aeroback merah yang diletakkan di tepi jalan berhadapan hotel itu dan pemeriksaan menjumpai dadah jenis heroin seberat kira-kira 400 gram di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan kereta itu, katanya.


Mohamad berkata dalam serbuan berkenaan, polis terlebih dahulu menahan dua suspek lelaki berumur 30 dan 50 tahun di bilik berdekatan bersama beberapa paket dadah dan kedua-dua mereka dipercayai mengenali lelaki serta wanita Indonesia itu.


"Dua suspek terbabit dan wanita Indonesia itu kini ditahan serta disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.



sumber: bharian

Read more

Friday, October 7, 2011

Gambar Budak Digigit Beruk

0

Seorang kanak-kanak berusia Nurul Iman Abdullah, 3, cedera teruk digigit oleh beruk perliharaan jiran datuknya, Rosli Adom, 46.


Kejadian itu berlaku di Projek Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) Bukit Merah.


Sangat ngeri melihat kesan luka kanak-kanak ini. Berhati-hati agar tidak berlaku kepada anda.



sumber: harianmetro

Read more

Monday, October 3, 2011

Ditahan Ketika Rancak Berjudi Di Kuantan

0

Seramai 192 orang dipercayai asyik bermain mesin judi di kafe siber diberkas dalam operasi bersepadu di sekitar Kuantan semalam.


Dalam operasi berkenaan disertai 54 pegawai dan anggota polis dari Bukit Aman, kontinjen Pahang dan daerah serta Majlis Perbandaran Kuantan menyerbu 16 premis kafe siber di sini. Polis merampas 401 komputer dianggarkan bernilai RM406,140, wang tunai RM5,140 dan menahan 19 orang penjaga premis berkenaan dalam operasi tersebut, kata Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani kepada pemberita hari ini.


"Seramai 192 orang lelaki dan perempuan termasuk tiga pendatang tanpa izin berumur 18 hingga 64 tahun yang ditahan itu sedang bermain judi ketika serbuan dibuat," katanya.


Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4D(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Sharifuddin berkata, bermula Januari hingga September lalu, sebanyak 163 serbuan terhadap premis perjudian dilakukan di Pahang menghasilkan tangkapan 732 orang berbanding 361 tangkapan dalam tempoh sama tahun lalu.



sumber: beritaharian

Read more

Wednesday, September 28, 2011

Video Dan Gambar Ribut Dahsyat Di Kuala Terengganu

0

Ribut ganas di Kuala Terengganu semalam, menimbulkan kesan yang tidak terjangka oleh penduduk setempat.


Pada waktu kurang lebih 9 malam, angin kencang melanda sebahagian kawasan Kuala Terengganu dan menyebabkan kerosakan berlaku seperti pokok tumbang, struktur bangunan runtuh dan litar elektrik terputus.


Ini sebahagian daripada gambar yang diambil dari page Ustaz Azhar:










 


Ini pula video yang sempat dirakam dan telah tersebar di Facebook:



Semoga menimbulkan kesedaran di hati kita betapa Allah itu Maha Berkuasa, Dia masih memberi peluang kepada kita untuk bertaubat.

Read more

Tuesday, September 27, 2011

Budak 5 Tahun Mati Lemas Di Yan, Kedah

0

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun mati lemas selepas tergelincir ke dalam sungai berdekatan rumahnya di Kampung Sungai Lintang, Ulu Sedaka, di sini petang semalam.


Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa Mohd Fardinie Zamri sebelum itu dikatakan mengikut abang dan kakaknya, masing-masing berusia 10 dan lapan tahun, bersama dua lagi rakan lelaki pergi memancing di sungai itu.

 gambar hiasan


Usaha mencari mangsa dilakukan penduduk kampung berjaya menemui mangsa 45 minit kemudian tetapi dipercayai sudah meninggal dunia. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Yan.


Nenek mangsa, Halimah Din, 69, berkata dia mengetahui kejadian yang menimpa cucu lelakinya itu daripada seorang rakan mangsa lalu bergegas ke lokasi kejadian.


"Kawan cucu saya datang bagi tahu cucu saya ini terjatuh daripada basikal yang ditunggangnya lalu tergelincir masuk ke sungai. Dengan cepat pergi ke sungai dan terjun bagi menyelam untuk mencari cucu saya ini tetapi tidak berjaya. Saya tidak dapat mengesannya," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.


Ibu mangsa, Saridah Harun, 36, berkata anak lelakinya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Thohiriah, di sini pagi ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, DSP Ismail Abu, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. - BERNAMA



sumber: bharian

Read more

Monday, September 19, 2011

3 Murid Dihalang Dan Dikurung Dari Duduki UPSR

0

Disekat daripada duduki UPSR dengan alasan displin dan ketidakhadiran ke sekolah.


3 murid di Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarikei ditemui dikurung oleh pihak sekolah, dan seterusnya menghalang mereka daripada menduduki peperiksaan UPSR.


gambar hiasan


Malang bagi mereka kerana hanya sempat menduduki peperiksaan pada hari terakhir iaitu 15 September.


Status mereka bertiga masih disiasat sama ada layak atau tidak untuk menduduki semula peperiksaan yang mereka terlepas.


Ibu bapa pelajar-pelajar berkenaan terkilan dengan sikap pihak sekolah yang dilihat cuba menidakkan hak pelajar-pelajar berkenaan.



sumber: berita harian dan buletin utama tv3

Read more

Sunday, September 18, 2011

Kanak-Kanak Malang Lemas Dalam Perigi

0

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam hampir enam meter di Kampung Binjai Manis, Manir di sini hari ini.


Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu dipercayai berlaku apabila mangsa, Muhammad Adam Iskandar Mohd. Jais dikatakan keluar bermain bersama seorang sepupunya, Mohd. Syafiq Shakir, 1, di luar rumah.



Bagaimanapun, bapa mangsa, Mohd. Jais Muda, 40, dan datuk mangsa, Mamat Abdullah, 68, yang baru pulang dari menoreh getah terserempak dengan Mohd. Syafiq yang pulang berseorangan ke rumah sambil menangis teresak-esak.


Mereka yang pada mulanya hanya menyangka dia menangis akibat digigit pacat mula panik apabila menyedari mangsa tiada di rumah.


Menurut nenek mangsa, Zainon Ismail, 68, berikutan itu, bapa dan datuk mangsa terus menuju ke belakang rumah berdekatan sebuah perigi lama yang tidak dipagar dan dilingkungi semak-samun.


"Sebaik sahaja sampai di perigi yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah, datuk mangsa terus terjun ke dalam dan menemui cucunya.


"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian ketika sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Telemung," katanya.


Dalam pada itu, Mamat memberitahu, cucunya itu ada meminta bapanya untuk membeli seluar jeans baru hari ini namun tidak menyangka hasratnya tidak dapat ditunaikan.


"Memang hari ini, bapa dia hendak bawa ke bandar untuk membeli seluar baru kerana sudah beberapa kali dia minta.


"Namun, tidak sangka pula begini pula jadinya," ujarnya yang berjanji akan memasang pagar di sekeliling perigi itu kelak.



sumber: utusan

Read more

Friday, September 16, 2011

Lelaki Gila Tuntut Gaji Belasah Majikan

0

Tak pergi kerja tapi nak tuntut gaji, macam-macam hal!!


Seorang majikan telah membuat laporan polis berhubung bekas pekerjanya yang datang membelasahnya dengan rantai besi kerana mahu menuntut gaji.

gambar hiasan

Mangsa, Wong, berusia 36 tahun, berkata bekas pekerjanya itu datang melibas keretanya dan cuba memukulnya.


Dalam kejadian yang berlaku di Pandan Indah pada waktu 8 malam itu, telah menyebabkan Wong kerugian hampir RM5000.


Katanya, bekas pekerjanya itu datang menuntut gaji walhal dia telah berhenti kerja tanpa sebarang notis.


Adakah betul dakwaan si majikan ini? Atau berlaku penindasan terhadap bekas pekerjanya itu? Itu yang kita tak tahu. Cerita sebelah pihak belum tentu betul.



sumber: hmetro

Read more

Wednesday, September 14, 2011

Hati-hati Dengan Sos Ada DNA Babi Di Restoran Berhampiran Anda

0

Restoran sepatutnya peka dengan kehalalan sesuatu produk.


Kelalaian peniaga dalam menentukan produk yang disahkan haram oleh JAKIM boleh memudaratkan ramai pengguna muslim. Penggunaan sos yang ada DNA babi seharusnya tidak akan berlaku jika mereka rujuk dahulu senarai barang-barang yang disahkan haram oleh JAKIM.




Di Negeri Sembilan baru-baru ini, 15 premis telah dikesan menggunakan sos yang mempunyai DNA babi, walaupun premis berkenaan telah berstatus halal. 


Kenapa jadi begini? Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh baca disini: Awas!! Restoran Guna Sos berDNA babi!!



Read more

Friday, September 9, 2011

Budak Tingkatan 2 Dicekup Polis Sebab Hisap Dadah

0

4 ditahan akibat dadah di Kulim, Kedah.


Mereka yang berusia seawal 14 - 20 tahun telah dicekup polis ketika asyik menghisap dadah.

gambar hiasan

Ibu bapa kepada suspek yang masih bersekolah itu seakan tidak percaya dengan kegiatan haram anak mereka.


keempat-empat suspek dibawa ke balai polis Kulim untuk siasatan lanjut.

sumber: buletinutama, tv3

Read more

Thursday, September 8, 2011

Video Mat Rempit Sekat Jalan Di Petang Raya

0

Mat rempit hanya tahu menyusahkan orang ramai! Begitulah yang dapat diperkatakan selepas menonton video mereka merempit di petang raya baru-baru ini.

beruk ni lagi pandai kot dari mat rempit manusia ni?
Kejadian yang berlaku di Kuala Terengganu, di jalan Durian Burung itu, menyaksikan sekumpulan mat rempit membuat pertunjukan di tengah jalan raya.


Dari aksi mereka itu, jelas menunjukkan jalan itu memang tidak dapat dilalui oleh mana-mana orang awam. Kalau nak lalu pun, takut dibuatnya.


Patutlah jalan di Kuala Terengganu boleh sesak teruk di hari raya, mereka inilah salah satu faktor yang menyebabkan kesesakan tersebut berlaku.


Video mat rempit membuat onar di hari raya:



Moga mereka mendapat hidayah suatu hari nanti, nak doa yang tak baik, tak elok jugak.

Read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting