Sunday, October 9, 2011

Tidur Kurang Dari 6 Jam Boleh Bawa Maut

0

Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.


Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.



Bagaimanapun, ramai daripada kita mengaggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti mengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting." katanya.


Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.


"Kajian yang berterusan menunjukkan semakin pendek tidur, semakin tinggi risiko mengalami obesiti. Orang ramai mengambil ringan soal tidur, jadi ia tidak mungkin membantu menghilangkan berat badan, tetapi sebenarnya ia meningkatkan selera makan," kata pengerusi Forum Obesiti Kebangsaan, Dr. David Haslam.



sumber: bharian


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting