Monday, October 10, 2011

Lelaki Pukul Ibu Dengan Penyapu

0

Seorang lelaki hari ini diarah dihantar ke Hospital Permai, Johor untuk pemerhatian selepas didakwa memukul ibunya dengan sebatang penyapu.


Ahmad Shukri Abdul Razak, 54, yang dipercayai kurang siuman, diarah menjalani pemeriksaan itu oleh Majistret Noradila Ab Latif ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini.


Berdasarkan kertas pertuduhan, Ahmad Shukri dituduh memukul ibunya, Salasiah Muda, 71, dengan sebatang penyapu di sebuah rumah beralamat Lot 30, Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu, kira-kira 11 malam pada 21 Julai lalu.

 gambar hiasan


Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama.


Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau sebat.


Ahmad Shukri kelihatan tenang dan beberapa kali mengangguk ketika pertuduhan dibacakan.


Nordila menetapkan 2 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan Ngiam Ooi Ming.



sumber: bharian

Betul ke kurang siuman? Atau sekadar alasan untuk elak dari hukuman?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting