Tuesday, October 11, 2011

Peluang Untuk Menjadi Usahawan Francais Kini Terbuka Luas

0

Usahawan bumiputera disaran memberanikan diri untuk menceburi bidang erniagaan francais kerana ia mampu memberi pendapatan lumayan.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, sektor francais menawarkan perlbagai peluang kepada golongan belia untuk memulakan perniagaan dan kerajaan sedia memberi insentif serta bantuan.



"Bukan semua francais itu mahal. Sebenarnya, ada program mikro-francais yang modalnya di bawah RM50,000 dan segala manual perniagaan telah pun disediakan termasuk pengiraan kos dan untung.


"Apa yang diperlukan usahawan adalah keberanian untuk mengambil risiko bagi meninggalkan pekerjaan sedia ada dan memulakan perniagaan yang boleh membawa pulangan lumayan sehingga lebih rm5,000 sebulan," ujarnya.


Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO berkata, golongan belia luar bandar perlu mengambil kesempatan menerusi program jelajah francais itu memandangkan terdapat seramai 588 francaisor di negara ini yang boleh disertai.


"Kerajaan menerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB) menawarkan peruntukan RM8 juta untuk modal pinjaman kepada pengusaha francais, namun pada masa ini, baru RM400,000 yang telah diambil," katanya.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting