Seorang wanita yang sarat mengandung selamat melahirkan seorang bayi perempuan kira-kira tujuh jam selepas dia menamatkan perlumbaan Marathon Chicago, kelmarin.
Amber Miller, 27, mendapat kebenaran doktor untuk menyertai marathonnya yang kelapan dengan syarat dia berselang-seli antara berlari dan berjalan sejauh 42 kilometer itu, tetapi sejurus selepas menamatkan perlumbaan dalam masa 6 jam 25 minit, dia mula berasa sakit untuk bersalin.
"Inilah hari paling sukar dalam hidup saya, " kata Miller yang hamil 39 minggu selepas melahirkan anak keduanya yang diberi nama June, seberat 3.5 kilogram, semalam.
0 comments:
Post a Comment