Wednesday, September 28, 2011

Video Dan Gambar Ribut Dahsyat Di Kuala Terengganu

0

Ribut ganas di Kuala Terengganu semalam, menimbulkan kesan yang tidak terjangka oleh penduduk setempat.


Pada waktu kurang lebih 9 malam, angin kencang melanda sebahagian kawasan Kuala Terengganu dan menyebabkan kerosakan berlaku seperti pokok tumbang, struktur bangunan runtuh dan litar elektrik terputus.


Ini sebahagian daripada gambar yang diambil dari page Ustaz Azhar:










 


Ini pula video yang sempat dirakam dan telah tersebar di Facebook:



Semoga menimbulkan kesedaran di hati kita betapa Allah itu Maha Berkuasa, Dia masih memberi peluang kepada kita untuk bertaubat.

Read more

Pencuri Licik Larikan Barang Kemas Bernilai RM266,000 Dalam Skirt

0

3 Wanita Dirakam aksi mencuri di sebuah kedai barang kemas di Leicester, England.


3 wanita itu, Saina Sava, 38, ibu kepada 4 orang anak, serta Sedra Niculescu, 28,  telah ditangkap dan dikenakan hukuman penjara 16 bulan. Seorang lagi rakan subahat mereka tidak dikenalpasti.

 gambar hiasan

Saina mencuri barang kemas itu dan menyimpannya di dalam skirt yang dipakainya sambil Sedra dan rakan subahatnya berborak dengan jurujual kedai itu untuk mengalihkan perhatiannya.


Kemudian mereka keluar dari kedai dalam keadaan tenang seperti tiada apa yang berlaku.


Video dari rakaman cctv:




Sangat licik kan?

sumber: dailymail

Read more

Tuesday, September 27, 2011

Budak 5 Tahun Mati Lemas Di Yan, Kedah

0

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun mati lemas selepas tergelincir ke dalam sungai berdekatan rumahnya di Kampung Sungai Lintang, Ulu Sedaka, di sini petang semalam.


Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa Mohd Fardinie Zamri sebelum itu dikatakan mengikut abang dan kakaknya, masing-masing berusia 10 dan lapan tahun, bersama dua lagi rakan lelaki pergi memancing di sungai itu.

 gambar hiasan


Usaha mencari mangsa dilakukan penduduk kampung berjaya menemui mangsa 45 minit kemudian tetapi dipercayai sudah meninggal dunia. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Yan.


Nenek mangsa, Halimah Din, 69, berkata dia mengetahui kejadian yang menimpa cucu lelakinya itu daripada seorang rakan mangsa lalu bergegas ke lokasi kejadian.


"Kawan cucu saya datang bagi tahu cucu saya ini terjatuh daripada basikal yang ditunggangnya lalu tergelincir masuk ke sungai. Dengan cepat pergi ke sungai dan terjun bagi menyelam untuk mencari cucu saya ini tetapi tidak berjaya. Saya tidak dapat mengesannya," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.


Ibu mangsa, Saridah Harun, 36, berkata anak lelakinya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Thohiriah, di sini pagi ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, DSP Ismail Abu, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. - BERNAMA



sumber: bharian

Read more

Safee Sali Dilaporkan Akan Ke Manchester United?

0

Benarkah Alex Ferguson dikatakan berminat dengan Safee Sali?


Hari tu kita digembirakan dengan iklan Ramli menyertai Manchester United. Walaupun hanya iklan, tapi iklan itu begitu menyentuh jiwa rakyat Malaysia.



Dan pemain yang akan mengakhiri latihan selama 2 minggu di Cardiff City, dikatakan telah menarik perhatian Sir Alex Ferguson untuk beraksi disana?


Dan bukan setakat beraksi, malah telah diberi peluang. Cuba anda lihat laporan akhbar di bahagian sukan ini:




Terkejut? Saya sangat terkejut!!

Read more

Monday, September 26, 2011

Lelaki Kejam Campak Anjing Berkali-kali Ke Laut

0

Seekor anjing dibuang tuannya ke dalam laut.


Kejadian yang berlaku di Xiamen, China ini menyaksikan seorang pemuda berusia 20-an telah melempar anjingnya berkali-kali ke pantai.


Anjing yang cekal itu bagaimanapun berenang kembali ke pesisir pantai selepas di campak tuannya, menyebabkan tuannya itu melemparnya kembali ke dalam laut.



Orang ramai yang melalui kawasan itu cuba melarangnya berbuat demikian namun dia tidak mengendahkannya.


Selepas penat berenang, anjing itu tersadai di batu di tengah laut, kerana sudah tidak terdaya lagi untuk berenang.


Seorang perenang berhati mulia membantu anjing itu dan mengambilnya ke darat kembali, lalu memberikannya kepada seorang wanita yang menyaksikan adegan itu.



Kepada para pembaca sekalian, jadikan ini satu iktibar.





Baca kisah ini: Ciuman Terakhir Sebelum Bunuh Diri

sumber: dailymail

Read more

Sunday, September 25, 2011

Selamat Datang Ke Rumah Kucing Terpadat Di Dunia

0

700 ekor kucing dalam satu rumah? Gila?


Dengan kos lebih kurang USD 40,260 seminggu untuk makanan dan perubatan bagi kucing-kucing tersebut, pemilik tempat ini, Lynea Lattanzio, boleh dikatakan seorang yang gila!!


Lynea memulakan kegiatan mulia menjaga kucing ini sejak dia bercerai 1981 lalu. Dengan bantuan derma dan sukarelawan, Lynea menjaga tempat ini di California, Amerika dengan cukup baik sekali.


Lihat gambar kucing-kucing yang comel ini:









Video di Rumah Kucing (tekan full screen untuk lebih jelas):








Teringat awal September lepas pasal rumah kucing di Selangor yang membiarkan hampir 200 kucing kebuluran, malah mati serta kurus kering selepas dibiar tanpa makanan selama 2 minggu. Harap kejadian itu tidak berulang lagi.


sumber: dailymail

Read more

Safee Sali Kini Sudah Ada Peminat Di England

0

Apa perkembangan Safee Sali di Cardiff City?


Dengar kata jurulatih memujinya seorang pemain yang hebat, tapi tak dapat nak beli sebab masalah permit.


Benarkah Safee hebat di sana?


Mungkin betul mungkin tidak. Tapi banyak bukti sudah ada menunjukkan Safee betul-betul menunjukkan prestasi yang baik disana, seperti laporan akhbar di England yang mengatakan Safee David Bekham Malaysia.


Dan Safee sekarang sudah punyai peminat di sana. Untuk gambar-gambar lain lihat disini, gambar-gambar di bawah yang terbaru dari Safee:











Moga Safee diberi peluang untuk bermain di sana!!

Read more

Internet 42 Mbps di Malaysia

0

U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), penyedia perkhidmatan mudah alih dan rumusan data 3G memperkenalkan capaian Internet terpantas dengan kelajuan 42 megabit sesaat (Mbps) bermula di Lembah Klang dari Shah Alam ke Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya; Negeri Sembilan (Port Dickson dan Seremban) serta Johor (Johor Bahru).


Selaras dengan pengenalan jalur lebar berkelajuan tinggi itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Kaizad Heerjee berkata, U Mobile menyasarkan sekurang-kurangnya tambahan sejuta pelanggan dalam tempoh setahun akan datang.



“Setakat ini, 1,300 tapak sudah ditempatkan di wilayah tengah, selatan dan utara bagi memastikan capaian 42Mbps dapat dinikmati pengguna,” katanya ketika pengumuman kelajuan jalur lebar terbabit di Kuala Lumpur, semalam.


Turut hadir Naib Presiden Kanan ZTE Corp China, Pang Sheng Qing.




Sehingga awal September lalu, U Mobile memperoleh sejuta pelanggan untuk semua perkhidmatan yang ditawarkan.




Kelajuan 42Mbps yang ditawarkan pula membolehkan pengguna mengakses Internet tiga hingga lima kali pantas berbanding capaian Internet yang ditawarkan pasaran sedia ada.


Serentak dengan pengumuman terbabit, U Mobile melancarkan dua pakej pelan data individu serendah RM48 sebulan bagi pelan 5GB dan RM108 sebulan untuk pelan 20GB.




Sebelum ini, U Mobile menandatangani perjanjian dengan penyedia peralatan dan penyelesaian telekomunikasi berpangkalan di China, ZTE bagi memajukan rangkaian jaringan Internet mudah alih dengan kapasiti keupayaan sehingga 100 megabit sesaat (Mbps) ke seluruh negara.



Harap pekhidmatannya tidak indah khabar dari rupa.

sumber: hmetro

Read more

Saturday, September 24, 2011

Keputusan Penuh Perlawanan Piala Malaysia 24 September 2011

0

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2011; 24 September:



Kumpulan A
Kedah 1 - 0 Sabah
Johor 0 - 2 Perak



Kumpulan B
Terengganu 2 - 1 PKNS
Sime Darby 1 - 2 Negeri Sembilan


Kumpulan C


Johor FC 1 - 1 Kelantan

Felda United 1 -0 Sarawak


Kumpulan D
PDRM 1 - 4 Selangor
T-Team 1 - 1 Kuala Lumpur






Read more

Gambar Norman Hakim dan Memey Suhaiza bernikah

0

Sekitar jam 5 petang tadi, Norman Hakim dan Memey Suhaiza selamat diijabkabulkan.


Majlis pernikahan Norman Hakim dan Memey Suhaiza berlangsung di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Dengan sekali lafaz Norman sah bergelar suami kepada Memey dengan mas kahwin rm22.50 dan hantaran rm24,000.



Majlis persandingan akan dijalankan esok 25 September 2011.


Tahniah buat Norman dan Memey.


Gambar pernikahan mereka boleh tengok disini: pernikahan Norman dan Memey


Read more

Friday, September 23, 2011

Petua Tidur Lena: 5 Larangan Dalam Tidur

0

Manusia dapat bertahan selama 2 minggu tanpa makan, tetapi hanya bertahan 1 minggu saja tanpa rehat. Tidur adalah waktu untuk berehat yang sangat baik, dgn tidur organ-organ tubuh kita dapat beristirehat. Kekurangan tidur dapat merosakkan organ dan otak, serta mengurangkan produktiviti kita.


Terdapat 5 Larangan Dalam Tidur yang harus anda ikuti:


1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.


2. JANGAN TIDUR MEMAKAI COLI (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.


3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem saraf kita.


4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas.


5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (buat lelaki pulak)
Ini kerana anda mungkin akan tidur selama-lamanya, kehkehkehkeh..

 jangan tidur dengan isteri orang lain..


Tips & hiburan di malam hari...

Read more

Wolverine Tumbuk Ahli Gusti WWE

0

Wolverine, hero X Men sertai WWE?


Wolverine yang dimaksudkan ialah pelakon yang membawa watak Wolverine iaitu Hugh Jackman.


Jackman sedang dalam usaha untuk mempromosi filem terbarunya iaitu Real Steel, sebuah filem berkisar tentang dunia boxing yang melibatkan manusia robotik. Filem ini dijadual bertemu penonton pada 7 Oktober di Amerika.



Penyertaan beliau dalam Supershow Raw pada 19.09.2011 lepas adalah salah satu cara promosi yang dijalankan. Dalam episod ini, Jackman berkonfrontasi dengan Juara United States iaitu Dolph Ziggler.


Dan beliau berpakat dengan Zack Ryder dalam perlawanan dimana beliau mengambil peluang mengacau perlawanan itu dengan melepaskan satu tumbukan ke muka Doplh Ziggler dan menyebabkan Zack Ryder menang perlawanan itu.


Tonton video dibawah:


Video Hugh Jackman menumbuk Dolph Ziggler:



Wolverine ada bakat jadi wrestler?

Read more

Pasangan Berkahwin Selepas 65 Tahun Terpisah

0

Usia 81 tahun tidak menghalang pasangan ini melangsungkan perkahwinan.


Lelaki dan wanita ini, kedua-duanya berusia 81 tahun, berkenalan ketika mereka berusia 7 tahun. Sehinggalah mereka menjejak usia 15 tahun, si lelaki melanjutkan pelajaran di Royal Air Force, United Kingdom. Dan selepas itu, mereka tidak lagi berhubung sehinggalah 65 tahun kemudian, tahun ini, mereka berjumpa kembali dan melangsungkan perkahwinan beberapa hari lalu.


Mary Lyness, 81, menerima email daripada cinta pertamanya, John Atkins, juga 81, selepas dihadiahkan sebuah laptop sempena ulangtahun hari lahirnya.



Mary sangat teruja dengan perkahwinan ini "Ia membuatkan kami berasa seperti 21 kembali, sangat beruntung kami dapat berjumpa kembali," tambahnya lagi, "Pada mulanya saya sangat takut untuk berjumpa John, kerana saya terlalu banyak kedutan, tapi anak saya memujuk dengan berkata, dia juga pasti banyak kedutan."


Pasangan ini dijadual berbulan madu di Scotland selama 8 hari dan bulan madu kedua pada April depan di Mediterranean.


Anda mempunyai cinta pertama yang sudah terpisah lama? Sekarang zaman teknologi, tak mustahil boleh berjumpa lagi jika korang rajin mencari. Jadi, mari kita cari cinta pertama kita yang terpisah. hehehe.



Read more

Thursday, September 22, 2011

Ramli Pemain Manchester United Dari Malaysia

0

Sudahkah anda menonton iklan kreatif dari TM ini?


Tak sempat menunggu Safee Sali dibeli Cardiff City, tiba-tiba tanpa disedari si Ramli pulak dah dibeli Manchester United. Pemain berjersi no.19 ini mengejutkan ramai pihak dengan turut menjaringkan gol pada minit ke 87 ketika Manchester United menentang??



Inilah video tersebut yang setiap rakyat Malaysia patut tonton:




Membara semangat patriotisme aku apabila menonton video ini.

Read more

Wednesday, September 21, 2011

Maya Karin: Lelaki Bukan Keutamaan Saya Sekarang

0

Terasa pantas benar waktu berlalu apabila sudah hampir satu setengah tahun aktres jelita ini menjalani kehidupan sebagai seorang janda.


Malah, tuan punya badan sendiri juga mengakui perkara yang sama apabila diajukan soalan seandainya dia sudah bertemu dengan teman hidup baru.



"Baru saya sedar yang rupa-rupanya sudah lama juga saya hidup sendirian. Rasa seperti baru semalam sahaja perkara itu berlaku (penceraian).


"Menjawab soalan itu, saya tidak mempunyai mana-mana teman istimewa ketika ini. Jujurnya, saya rasa cukup bahgia hidup keseorangan tanpa lelaki di sisi saya.


"Bukannya hidup saya akan berakhir apabila tiada lelaki yang menemani saya. Soal itu bukan lagi satu keutamaan buat saya.


 "Lebih baik hidup sendiri kerana banyak perkara yang boleh saya lakukan seperti menghabiskan masa dengan bercuti yang sudah lama saya tidak berpeluang lakukan," kata Maya Karin penuh optimis sewaktu ditemui pada Majlis Amal Raya Murai bersama DoubleTree by Hilton di ibu negara, baru-baru ini.

Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke mendirikan rumah tangga dengan seorang guru matematik, Steven David Shorthose pada 14 Ogos 2008 di Bellagio, Itali.


Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila Maya diceraikan dengan talak satu pada 16 Julai tahun lalu.


Selepas kembali solo, nama Maya tidak terlepas daripada dikaitkan dengan beberapa artis lelaki popular seperti Remy Ishak dan Yusry Abdul Halim.


Tetapi, semua cerita tersebut dibawa angin lalu apabila Maya memberitahu hubungannya dengan dua jejaka kacak itu tidak lebih daripada sekadar kawan sahaja.


petikan daripada akhbar utusan 21.09.11


Maya Karin sudah lama menjanda? Pembaca lelaki ingin mencari teman? Jika berani cucuk line lah..hehehe



Read more

Isu Hantu Bonceng; Jawapan Dari Lembaga Penapisan Filem

0

Sekarang masih riuh lagi hal berkaitan filem Hantu Bonceng yang dikatakan menghina Islam.


Babak Zizan melafazkan syahadah yang tidak habis itu menerima tafsiran yang pelbagai baik dari Ustaz yang berkaliber mahupun Ustaz mee segera. *ustaz mee segera = ilmu cetek, tapi sibuk nak bagi hukum kesalahan orang.

 salah zizan atau salah penulis skrip?

Baca disini untuk ulasan daripada Lembaga Penapisan Filem.


Apa pun, yang penting kenalah berhati-hati sebelum membuat sesuatu. Benda yang boleh menimbulkan fitnah seharusnya dielakkan.



Read more

Tuesday, September 20, 2011

Apabila Datuk Seri Najib Buat Panggilan "Gotcha"

0

Bayangkan jika Perdana Menteri menelefon anda?


Mesti korang tak percaya kan? Dan tiba-tiba pulak Perdana Menteri cakap, "anda terkena panggilan hangit!!"



Begitulah yang Datuk Seri Najib lakukan di Hitz FM menerusi program "Gotcha" kendalian deejay terkenal JJ dan Ean.


JJ dan Ean ingin mengenakan Pengurus Besar Program Hitz FM, Jakeman. Tapi untuk mengenakan Jakeman bukanlah perkara mudah memandangkan Jakeman pastinya sudah masak dengan gelagat JJ dan Ean yang suka membuat panggilan nakal ini.


Jadi rancangan ini dimulakan dengan Brian, Pengurus Rangkaian AMP Radio, menelefon Jakeman dan mengatakan Datuk Seri Najib ingin berbual dengannya untuk berbincang mengenai sesuatu.


Dalam keadaan tidak percaya dan ragu-ragu, Jakeman berbual dengan Datuk Seri Najib. Datuk Seri pun nakal juga apabila meminta slot 2 jam sehari di Hitz FM untuk anaknya. Apa reaksi Jakeman? Korang kena dengar sendiri dibawah ini:



Perbualan ini telah dirakamkan beberapa minggu lepas di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana.


Mungkin anda mangsa seterusnya.

Read more

Aksi Billionaire Bertumbuk Dirakam

0

Alexander Lebedev, melepaskan beberapa siri tumbukan ke atas seorang lagi billionaire, Sergei Polonsky sehingga dia jatuh rebah.


Dihadapan penonton yang turut hadir di studio itu, Lebedev mengatakan dia terpaksa menumbuk terlebih dahulu untuk 'meneutralkan' Polonsky kerana risau ditumbuk dahulu oleh Polonsky.

 Alexander Lebedev

Kejadian ini dirakam ketika rakaman program debat mengenai krisis ekonomi global dan dijadualkan ditayangkan hari ini, 20 September 2011.


Lebedev ialah salah seorang terkaya di dunia dengan kekayaannya dianggarkan bernilai USD 3.1 billion. Dia menguasai 2 akhbar berpengaruh di UK iaitu The Indipendent dan juga Evening Standard.


Video yang dirakam:




sumber: dailymail

Read more

Bilik Hotel RM1 Semalam; Mari Tempah Beramai-ramai

0

Semua rangkaian hotel dibawah Tune Hotels, kini menawarkan kadar bilik serendah RM1 semalam.


Dan bagi hotel di Indonesia pula, kadar istimewa turut diberikan dimana harganya ialah 10,000 rupiah semalam.

 gambar hiasan

Tune Hotel dalam kenyataannya berkata, tempahan dibuka dari esok hingga 30 September, berdasarkan siapa cepat dia dapat, bagi tempoh menginap dari 1 Jun  hingga 31 ogos tahun depan.


"Promosi hanya sah bagi tempah online di www.tunehotels.com dan tidak termasuk Tune Hotels di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) - Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang dan Wesminster, London," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotels, Mark Lankester.


Lankester berkata, syarikat itu sedang menambah satu hartanah di Kulim, Kedah pada minggu depan yang menjadikannya Tune Hotel ke 10 di Malaysia dan ke 13 di seluruh dunia, termasuk dua di Bali, dan satu di London.



sumber: akhbar utusan 20.09.11

Read more

Monday, September 19, 2011

3 Murid Dihalang Dan Dikurung Dari Duduki UPSR

0

Disekat daripada duduki UPSR dengan alasan displin dan ketidakhadiran ke sekolah.


3 murid di Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarikei ditemui dikurung oleh pihak sekolah, dan seterusnya menghalang mereka daripada menduduki peperiksaan UPSR.


gambar hiasan


Malang bagi mereka kerana hanya sempat menduduki peperiksaan pada hari terakhir iaitu 15 September.


Status mereka bertiga masih disiasat sama ada layak atau tidak untuk menduduki semula peperiksaan yang mereka terlepas.


Ibu bapa pelajar-pelajar berkenaan terkilan dengan sikap pihak sekolah yang dilihat cuba menidakkan hak pelajar-pelajar berkenaan.



sumber: berita harian dan buletin utama tv3

Read more

Video Dan Gambar Nahas Pesawat Mengorbankan 9 Nyawa

0

Jimmy Leeward, 74, bersama 8 penonton terbunuh dalam nahas pesawat di National Championship Air Races di Reno, Amerika Syarikat dan lebih 54 lagi tercedera.

 juruterbang, Jimmy Leeward

Kemalangan itu dikatakan berpunca dari masalah teknikal, dan pemandunya, Jimmy Leeward, diangkat sebagai hero kerana berusaha untuk mengalihkan pesawat itu sejauh mungkin dari tempat duduk penonton. Jika dia tidak berbuat demikian, beratus lagi mungkin terbunuh.


Pertandingan yang telah berusia 47 tahun ini telah mengorbankan 20 nyawa juruterbang, dan ini merupakan pertama kali penonton terkena sama.


Lembaga pengarah Reno Air Association akan bermesyuarat untuk mengkaji sama ada pertandingan ini bakal diteruskan ataupun dihentikan terus.


Gambar nahas:







Video amatur nahas:





sumber: dailymail

Read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting