Tuesday, September 20, 2011

Bilik Hotel RM1 Semalam; Mari Tempah Beramai-ramai

0

Semua rangkaian hotel dibawah Tune Hotels, kini menawarkan kadar bilik serendah RM1 semalam.


Dan bagi hotel di Indonesia pula, kadar istimewa turut diberikan dimana harganya ialah 10,000 rupiah semalam.

 gambar hiasan

Tune Hotel dalam kenyataannya berkata, tempahan dibuka dari esok hingga 30 September, berdasarkan siapa cepat dia dapat, bagi tempoh menginap dari 1 Jun  hingga 31 ogos tahun depan.


"Promosi hanya sah bagi tempah online di www.tunehotels.com dan tidak termasuk Tune Hotels di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) - Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang dan Wesminster, London," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotels, Mark Lankester.


Lankester berkata, syarikat itu sedang menambah satu hartanah di Kulim, Kedah pada minggu depan yang menjadikannya Tune Hotel ke 10 di Malaysia dan ke 13 di seluruh dunia, termasuk dua di Bali, dan satu di London.



sumber: akhbar utusan 20.09.11

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting