Friday, September 23, 2011

Wolverine Tumbuk Ahli Gusti WWE

0

Wolverine, hero X Men sertai WWE?


Wolverine yang dimaksudkan ialah pelakon yang membawa watak Wolverine iaitu Hugh Jackman.


Jackman sedang dalam usaha untuk mempromosi filem terbarunya iaitu Real Steel, sebuah filem berkisar tentang dunia boxing yang melibatkan manusia robotik. Filem ini dijadual bertemu penonton pada 7 Oktober di Amerika.



Penyertaan beliau dalam Supershow Raw pada 19.09.2011 lepas adalah salah satu cara promosi yang dijalankan. Dalam episod ini, Jackman berkonfrontasi dengan Juara United States iaitu Dolph Ziggler.


Dan beliau berpakat dengan Zack Ryder dalam perlawanan dimana beliau mengambil peluang mengacau perlawanan itu dengan melepaskan satu tumbukan ke muka Doplh Ziggler dan menyebabkan Zack Ryder menang perlawanan itu.


Tonton video dibawah:


Video Hugh Jackman menumbuk Dolph Ziggler:



Wolverine ada bakat jadi wrestler?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting