Friday, September 23, 2011

Pasangan Berkahwin Selepas 65 Tahun Terpisah

0

Usia 81 tahun tidak menghalang pasangan ini melangsungkan perkahwinan.


Lelaki dan wanita ini, kedua-duanya berusia 81 tahun, berkenalan ketika mereka berusia 7 tahun. Sehinggalah mereka menjejak usia 15 tahun, si lelaki melanjutkan pelajaran di Royal Air Force, United Kingdom. Dan selepas itu, mereka tidak lagi berhubung sehinggalah 65 tahun kemudian, tahun ini, mereka berjumpa kembali dan melangsungkan perkahwinan beberapa hari lalu.


Mary Lyness, 81, menerima email daripada cinta pertamanya, John Atkins, juga 81, selepas dihadiahkan sebuah laptop sempena ulangtahun hari lahirnya.



Mary sangat teruja dengan perkahwinan ini "Ia membuatkan kami berasa seperti 21 kembali, sangat beruntung kami dapat berjumpa kembali," tambahnya lagi, "Pada mulanya saya sangat takut untuk berjumpa John, kerana saya terlalu banyak kedutan, tapi anak saya memujuk dengan berkata, dia juga pasti banyak kedutan."


Pasangan ini dijadual berbulan madu di Scotland selama 8 hari dan bulan madu kedua pada April depan di Mediterranean.


Anda mempunyai cinta pertama yang sudah terpisah lama? Sekarang zaman teknologi, tak mustahil boleh berjumpa lagi jika korang rajin mencari. Jadi, mari kita cari cinta pertama kita yang terpisah. hehehe.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting