Friday, September 9, 2011

Temubual Eksklusif Bersama Safee Sali Berkaitan Sesi Ujian Cardiff City

0

Wartawan: Tahniah kerana mendapat tawaran menjalani sesi ujian dan latihan dengan Cardiff City. Bila anda menerima tawaran tersebut?

Safee: Terima kasih rakyat Malaysia yang menyokong dan memberi semangat kepada saya. Saya menerima tawaran dari Cardiff semalam (kelmarin) menerusi e-mel. Saya akan memulakan sesi ujian pada Selasa ini hingga 27 September.



Wartawan: Apa perasaan anda sebaik sahaja menerima tawaran tersebut?

Safee: Saya berasa begitu teruja dan gembira kerana mendapat tawaran secara rasmi dari sebuah kelab yang beraksi dalam liga divisyen dua England. Menjalani ujian di Cardiff City menimbulkan suasana luar biasa buat saya, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.


Ini adalah peluang buat saya. Ia peluang sekali seumur hidup. Ditambah pula dengan umur saya yang sudah menjangkau 27 tahun, saya bukan lagi muda dalam dunia bola sepak.


Saya juga tidak merasakan proses yang saya lalui dari Selangor ke Pelita Jaya dan selepas ini ke Cardiff City berlaku sangat pantas.

ketupat vs lemang, mana lagi sedap?
video birthday yang sangat kreatif!!

Wartawan: Peluang sebegini datang pada usia 27 tahun. Apa pandangan anda?

Safee: Tawaran ini datang tepat pada masanya ketika prestasi saya sedang memuncak di peringkat antarabangsa dan kelab. Saya mahu buktikan kepada Cardiff City bahawa anak Malaysia mampu untuk memberi saingan dan berjaya di England.


Begitu pun saya tidak meletakkan harapan tinggi kerana saya perlu melepasi ujian dan menyertai latihan bersama pasukan ini sebaik mungkin bagi membolehkan saya terpilih beraksi di England. Bagaimanapun saya mencuba sebaik mungkin dan berusaha keras untuk memikat kelab ini seterusnya dapat berkasi dalam skuad utama.

rangsang pemikiran anda dengan permainan ini!!

Wartawan: Apakah cabaran yang anda jangkakan pada sesi ujian nanti dan apa kelebihan yang bakal anda tonjolkan?

Safee: Saya perlu menyesuaikan diri dengan cuaca di sana nanti, sudah pasti cuacanya sejuk. Sebagai pemain profesional saya perlu cepat menyesuaikan diri agar membolehkan saya menjalani ujian dan latihan dengan selesa.


Mengenai soal kelebihan, saya akui masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri, begitu juga dengan saya. Sebagai seorang penyerang saya hanya fokus untuk menjaringkan gol.

menang sehingga rm200,000 dengan peraduan mudah ini!! jangan lepaskan!!
esok, 10 september, pameran model Volkswagen, jangan ketinggalan!!

Wartawan: Apa reaksi kelab anda? Adakah mereka menerima berita ini dengan gembira atau bersedia untuk merasa kehilangan anda?

Safee: Setaka ini kelab belum memberi sebarang reaksi. Saya juga masih belum menghubungi pihak pengurusan untuk memaklumkan perkara ini tetapi saya sudah memberitahu jurulatih, Misha Radovic.


Saya gembira kerana dia faham dengan keinginan saya dan dia memberi sokongan kepada saya tentang tawaran tersebut.


Jurulatih sedar jika saya hanya menjalani ujian dan latihan disana. Jika tidak ada rezeki dan kembali semula ke Pelita Jaya sekurang-kurangnya saya pulang dengan membawa pengalaman dan boleh berkongsi bersama rakan sepasukan. Ini juga peluang untuk saya memantapkan diri kerara saya pemain import yang berkasi di liga asing.

acara menari terbesar di Malaysia, anda join!?


Sumber: Utusan 09.09.2011

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting