Tuesday, September 20, 2011

Apabila Datuk Seri Najib Buat Panggilan "Gotcha"

0

Bayangkan jika Perdana Menteri menelefon anda?


Mesti korang tak percaya kan? Dan tiba-tiba pulak Perdana Menteri cakap, "anda terkena panggilan hangit!!"



Begitulah yang Datuk Seri Najib lakukan di Hitz FM menerusi program "Gotcha" kendalian deejay terkenal JJ dan Ean.


JJ dan Ean ingin mengenakan Pengurus Besar Program Hitz FM, Jakeman. Tapi untuk mengenakan Jakeman bukanlah perkara mudah memandangkan Jakeman pastinya sudah masak dengan gelagat JJ dan Ean yang suka membuat panggilan nakal ini.


Jadi rancangan ini dimulakan dengan Brian, Pengurus Rangkaian AMP Radio, menelefon Jakeman dan mengatakan Datuk Seri Najib ingin berbual dengannya untuk berbincang mengenai sesuatu.


Dalam keadaan tidak percaya dan ragu-ragu, Jakeman berbual dengan Datuk Seri Najib. Datuk Seri pun nakal juga apabila meminta slot 2 jam sehari di Hitz FM untuk anaknya. Apa reaksi Jakeman? Korang kena dengar sendiri dibawah ini:



Perbualan ini telah dirakamkan beberapa minggu lepas di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana.


Mungkin anda mangsa seterusnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting