Terbaca di akhbar Utusan tadi, tentang seorang wanita yang berkahwin di usia muda, dengan seorang lelaki yang tua dua tahun darinya. Mula berkenalan dengan lelaki itu sejak di tingkatan satu lagi. Dan seawal usia 19 tahun, tekad menyatakan kepada keluarga, untuk berkahwin. Walaupun keluarga pada mulanya tidak bersetuju, terpaksa juga bersetuju bimbang berlaku perkara yang tidak diingini.
Bagaimanapun, selepas mengandung, suami pula terpaksa pergi berkursus 6 bulan nun jauh di sana. Terpaksa menanti suami berseorangan. Lepas suami balik, terus berubah, menjadi seorang pendiam.Akhirnya terbongkar segala rahsia, suami ada perempuan lain, siap mintak nak kahwin lagi. Tapi isteri taknak bermadu, minta diberi pilihan. Suami tidak memujuk, akhirnya isteri pulang ke kampung. Suami pula berkahwin lain. Tamat suatu cerita yang perlu di ambil iktibar oleh pasangan yang ingin berkahwin awal. Sila betul-betul bersedia sebelum buat keputusan, jangan ikut nafsu semata.
Barangkali dialog dibawah ini menggambarkan sedikit sebanyak senario orang yang bercinta bagai nak rak sebelum kahwin, dan apa yang terjadi selepas kahwin:
Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!
Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??
Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!
Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!
Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???
Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!
TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..
0 comments:
Post a Comment