Pembikin filem Nasi Lemak 2.0, Namewee dilaporkan akan bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu ini.
Namewee dikatakan ingin berjumpa Perdana Menteri untuk bercakap tentang cabaran, masalah dan pengalaman yang diharunginya bagi memohon geran kerajaan bagi menghasilkan filem. Dia berharap Perdana Menteri akan menyokong filemnya dan juga filem tempatan yang lain serta menyediakan lebih banyak peluang dan bantuan bagi pembuat filem tempatan supaya dapat memperkenalkan budaya Malaysia ke khalayak yang lebih luas.
Semalam Utusan Malaysia melaporkan tiada sebarang temu janji di antara Perdana Menteri dan Namewee, sumber dari Jabatan Perdana Menteri dipetik.
Sebelum ini Namewee pernah ke bangunan parlimen untuk berjumpa seorang menteri, dan ramai mengkritiknya kerana tidak berpakaian ikut protokol bangunan parlimen, dan juga persoalan mengapa dia diberi layanan yang cukup baik oleh menteri berkenaan.
Sebagaimana yang anda sedia maklum, Namewee menjadi popular setelah menghina lagu Negaraku, dan juga menghina Melayu sebagai sakai, jadi sudah pasti ramai tertanya-tanya, apakah dosa dia sudah diampunkan oleh mereka yang terasa dengan hinaan dia itu?
Siapa untung, dan siapa rugi dengan perkembangan terbaru Namewee ini? Baca lebih lanjut di: Namewee Untung Atau Najib Rugi? Pertemuan Penghina Negaraku Dengan Orang No.1 Negara.
0 comments:
Post a Comment