Terasa pantas benar waktu berlalu apabila sudah hampir satu setengah tahun aktres jelita ini menjalani kehidupan sebagai seorang janda.
Malah, tuan punya badan sendiri juga mengakui perkara yang sama apabila diajukan soalan seandainya dia sudah bertemu dengan teman hidup baru.
"Baru saya sedar yang rupa-rupanya sudah lama juga saya hidup sendirian. Rasa seperti baru semalam sahaja perkara itu berlaku (penceraian).
"Menjawab soalan itu, saya tidak mempunyai mana-mana teman istimewa ketika ini. Jujurnya, saya rasa cukup bahgia hidup keseorangan tanpa lelaki di sisi saya.
"Bukannya hidup saya akan berakhir apabila tiada lelaki yang menemani saya. Soal itu bukan lagi satu keutamaan buat saya.
"Lebih baik hidup sendiri kerana banyak perkara yang boleh saya lakukan seperti menghabiskan masa dengan bercuti yang sudah lama saya tidak berpeluang lakukan," kata Maya Karin penuh optimis sewaktu ditemui pada Majlis Amal Raya Murai bersama DoubleTree by Hilton di ibu negara, baru-baru ini.
Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke mendirikan rumah tangga dengan seorang guru matematik, Steven David Shorthose pada 14 Ogos 2008 di Bellagio, Itali.
Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila Maya diceraikan dengan talak satu pada 16 Julai tahun lalu.
Selepas kembali solo, nama Maya tidak terlepas daripada dikaitkan dengan beberapa artis lelaki popular seperti Remy Ishak dan Yusry Abdul Halim.
Tetapi, semua cerita tersebut dibawa angin lalu apabila Maya memberitahu hubungannya dengan dua jejaka kacak itu tidak lebih daripada sekadar kawan sahaja.
petikan daripada akhbar utusan 21.09.11
Maya Karin sudah lama menjanda? Pembaca lelaki ingin mencari teman? Jika berani cucuk line lah..hehehe
0 comments:
Post a Comment