Tuesday, September 27, 2011

Budak 5 Tahun Mati Lemas Di Yan, Kedah

0

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun mati lemas selepas tergelincir ke dalam sungai berdekatan rumahnya di Kampung Sungai Lintang, Ulu Sedaka, di sini petang semalam.


Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa Mohd Fardinie Zamri sebelum itu dikatakan mengikut abang dan kakaknya, masing-masing berusia 10 dan lapan tahun, bersama dua lagi rakan lelaki pergi memancing di sungai itu.

 gambar hiasan


Usaha mencari mangsa dilakukan penduduk kampung berjaya menemui mangsa 45 minit kemudian tetapi dipercayai sudah meninggal dunia. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Yan.


Nenek mangsa, Halimah Din, 69, berkata dia mengetahui kejadian yang menimpa cucu lelakinya itu daripada seorang rakan mangsa lalu bergegas ke lokasi kejadian.


"Kawan cucu saya datang bagi tahu cucu saya ini terjatuh daripada basikal yang ditunggangnya lalu tergelincir masuk ke sungai. Dengan cepat pergi ke sungai dan terjun bagi menyelam untuk mencari cucu saya ini tetapi tidak berjaya. Saya tidak dapat mengesannya," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.


Ibu mangsa, Saridah Harun, 36, berkata anak lelakinya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Thohiriah, di sini pagi ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, DSP Ismail Abu, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. - BERNAMA



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting