Sunday, September 25, 2011

Internet 42 Mbps di Malaysia

0

U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), penyedia perkhidmatan mudah alih dan rumusan data 3G memperkenalkan capaian Internet terpantas dengan kelajuan 42 megabit sesaat (Mbps) bermula di Lembah Klang dari Shah Alam ke Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya; Negeri Sembilan (Port Dickson dan Seremban) serta Johor (Johor Bahru).


Selaras dengan pengenalan jalur lebar berkelajuan tinggi itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Kaizad Heerjee berkata, U Mobile menyasarkan sekurang-kurangnya tambahan sejuta pelanggan dalam tempoh setahun akan datang.



“Setakat ini, 1,300 tapak sudah ditempatkan di wilayah tengah, selatan dan utara bagi memastikan capaian 42Mbps dapat dinikmati pengguna,” katanya ketika pengumuman kelajuan jalur lebar terbabit di Kuala Lumpur, semalam.


Turut hadir Naib Presiden Kanan ZTE Corp China, Pang Sheng Qing.




Sehingga awal September lalu, U Mobile memperoleh sejuta pelanggan untuk semua perkhidmatan yang ditawarkan.




Kelajuan 42Mbps yang ditawarkan pula membolehkan pengguna mengakses Internet tiga hingga lima kali pantas berbanding capaian Internet yang ditawarkan pasaran sedia ada.


Serentak dengan pengumuman terbabit, U Mobile melancarkan dua pakej pelan data individu serendah RM48 sebulan bagi pelan 5GB dan RM108 sebulan untuk pelan 20GB.




Sebelum ini, U Mobile menandatangani perjanjian dengan penyedia peralatan dan penyelesaian telekomunikasi berpangkalan di China, ZTE bagi memajukan rangkaian jaringan Internet mudah alih dengan kapasiti keupayaan sehingga 100 megabit sesaat (Mbps) ke seluruh negara.



Harap pekhidmatannya tidak indah khabar dari rupa.

sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting