Monday, October 3, 2011

Ditahan Ketika Rancak Berjudi Di Kuantan

0

Seramai 192 orang dipercayai asyik bermain mesin judi di kafe siber diberkas dalam operasi bersepadu di sekitar Kuantan semalam.


Dalam operasi berkenaan disertai 54 pegawai dan anggota polis dari Bukit Aman, kontinjen Pahang dan daerah serta Majlis Perbandaran Kuantan menyerbu 16 premis kafe siber di sini. Polis merampas 401 komputer dianggarkan bernilai RM406,140, wang tunai RM5,140 dan menahan 19 orang penjaga premis berkenaan dalam operasi tersebut, kata Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani kepada pemberita hari ini.


"Seramai 192 orang lelaki dan perempuan termasuk tiga pendatang tanpa izin berumur 18 hingga 64 tahun yang ditahan itu sedang bermain judi ketika serbuan dibuat," katanya.


Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4D(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Sharifuddin berkata, bermula Januari hingga September lalu, sebanyak 163 serbuan terhadap premis perjudian dilakukan di Pahang menghasilkan tangkapan 732 orang berbanding 361 tangkapan dalam tempoh sama tahun lalu.



sumber: beritaharian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting