Monday, October 17, 2011

Video Budak Digilis Van Dan Tidak Dihiraukan Orang Ramai

0

Sadis rasanya melihat ketidak prihatinan masyarakat terhadap apa yang berlaku di sekeliling. Masing-masing memikirkan hal sendiri sahaja. Betapa kejamnya manusia yang punyai akal fikiran ini.




Ini bukanlah kes pertama yang pernah berlaku, tapi bagi mereka yang baru pertama kali mengetahui kes sebegini, mohon ambil pengajaran dan iktibar.



Kanak-kanak malang bernama Yue Yue itu masih dalam keadaan kritikal dan koma.




Read more

Sunday, October 16, 2011

Soal Jawab Bersama Ustaz Yang Akan Sentiasa Diingati Penyoal

0

Ada seorang manusia ini ingin bertanya soalan kepada seorang ustaz. Soalan yang ditanya bagus juga, dan jawapan yang diberikan oleh si ustaz lagi lah bagus.


Tidak perlu penjelasan panjang lebar, cukup jawapan yang betul tapi disampaikan dalam bentuk yang mudah diingati. Tengok sini:



Pasti akan diingati bukan? Bernas sekali jawapan tersebut. Tergelak pihak kami membacanya.

sumber: ohislam

Read more

6 Wanita Yang Jangan Dikahwini

0

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".


1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

 gambar hiasan

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:


Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.


Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam. 




sumber: tokwan

Read more

Saturday, October 15, 2011

Anak Yang Hilang Ditemui Melalui Facebook

0

“Nasib baik saya simpan kata laluan facebook milik Nurul Nursyawatie, memudahkan saya dan suami mengesannya berdasarkan maklumat rakan anak perempuan saya dalam laman sembang terbabit,” kata Norhafiza Nordin, 37, yang bersyukur dapat menemui semula anak sulungnya yang hilang dua hari lalu.


Berdasarkan maklumat daripada facebook itu, Nurul Nursyawatie Mohd Sabri, 14, ditemui semula ketika bersiar-siar bersama rakannya di pasar malam di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang, kira-kira jam 9 malam kelmarin selepas 36 jam dilaporkan hilang.





“Ketika berjumpa hati saya cukup gementar dan mengalir air mata kerana tidak dapat menahan sebak sebaik bertemu dengan Nurul bersama kawannya dikenali sebagai Amira di pasar malam itu.


“Nurul terkejut kerana tidak menjangka bertemu dengan saya dan bapanya (Mohd Sabri Samat) yang bergegas ke Pulau Pinang selepas memperoleh maklumat daripada rakan Nurul menerusi facebook miliknya.




“Saya memberi kebebasan kepada anak menggunakan Internet termasuk melayari facebook tetapi kata laluannya saya simpan bagi memudahkan pemantauan,” katanya.




sumber: harianmetro

Syukur akhirnya bertemu juga anak yang hilang itu. Si anak sepatutnya berfikir panjang sebelum berbuat sesuatu keputusan. Kasihan ibu bapa risau memikirkan nasib anak yang tidak diketahui.

Read more

Polis Akan Kutip Hutang Saman Dari Rakyat Singapura

0

Pihak berkuasa akan mengadakan lebih banyak sekatan jalan raya bagi mengutip lebih 417,500 saman trafik tertunggak atau purata 104 saman yang tidak dibayar setiap hari sejak tahun 2000 melibatkan kenderaan berdaftar di Singapura.

Saman yang dianggarkan bernilai puluhan juta ringgit itu adalah daripada 624,716 saman trafik yang telah dikeluarkan terhadap pemandu dari republik itu sejak tahun 2000.



Kebanyakan daripada saman itu melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju khususnya di Lebuh Raya Utara-Selatan, meletak kenderaan di tempat larangan dan memotong di garisan berkembar.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, sebahagian besar daripada saman itu atau 420,561 saman dikeluarkan oleh polis negeri itu.


“Jumlah saman yang belum dijelaskan di Johor adalah sebanyak 272,271 manakala bakinya melibatkan saman yang dikeluarkan di negeri-negeri lain,’’ katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat keselamatan dengan media Singapura di sini semalam.




sumber: kosmo

Polis terlalu berlembut dengan rakyat Singapura, mereka tidak takut dengan undang-undang negara kita, sebab itu mereka buat tidak tahu sahaja dengan saman yang dikeluarkan.

Read more

Friday, October 14, 2011

Keputusan Penuh Piala Malaysia 2011 Peringkat Suku Akhir Kedua

0

Keputusan Rasmi


Kelantan 2 - 2 Terengganu


Terengganu layak ke separuh akhir dengan agregat 5 - 3.


Perak 0 - 1 Selangor


Selangor layak ke separuh akhir dengan agregat 4 - 1.


T-Team 2 - 1 Sabah


T-Team layak ke separuh akhir dengan agregat 4 - 2.


Negeri Sembilan 3 - 0 Felda United.


Negeri Sembilan layak ke separuh akhir dengan agregat 3 - 1.



Perlawanan Separuh Akhir


Terengganu vs Selangor


T-Team vs Negeri Sembilan


Pperlawanan dijadualkan pada 18 dan 22 Oktober ini.


Syabas kepada pasukan yang layak.






Read more

Pian Cecupak Minta Maaf Ekoran Isu Publisiti Murahan Yang Tercetus

0

Selepas kenyataan balas dari Aida Hazira beberapa hari lepas berkaitan Pian Cecupak yang mendakwa akan berkahwin dengan Aida, sekarang Pian sudah pun meminta maaf ekoran hangatnya situasi ini.


Berikut print screen kenyataan Pian:

Pian sudah minta maaf, jadi harapnya isu ini tidak lagi dipanjangkan. Semoga menjadi iktibar kepada artis-artis lain.





Read more

Isu Hukum Islam; Siapa Kita Untuk Berkata, Tunggu Dulu

0

"Tunggu dulu, kita laksanakanlah hukum ni bila kita sudah bersedia. Sekarang kita belum bersedia." mungkin jawapan begini kerap kita baca di dada akhbar, samada keluar dari orang yang tak berilmu, mahupun yang berilmu.


Bilakah kita akan bersedia? 10 tahun lagi? 50 tahun lagi? Jika belum bersedia sekalipun, sepatutnya langkah ke arah untuk bersedia itu sudah digerakkan. Tapi jika tak bersedia, dan tak buat apa-apa, sampai bila pun takkan dapat bersedia.


Tertarik dengan laporan akhbar The Brunei Times, artikel yang bertajuk, "Who are we to say 'wait'?" atau dalam bahasa melayu, "Siapa kita untuk berkata 'tunggu'?".


Itulah sebahagian daripada titah pemerintah Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah ketika pelancaran Seminar Antarabangsa Hukum Islam.


Ini adalah laporan tentang ucapan baginda dalam bahasa inggeris:


"WHO ARE WE, in the presence of Allah (SWT), to say 'no or wait'; considering that (Islamic) law was not only formulated, but has been stated in Al-Quran and Al-Hadiths for more than 1,400 years."


This was the message in the titah of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam who yesterday reiterated calls for Brunei to implement Islamic law, particularly through the establishment of an Islamic Criminal Act.


"This is among my main aspirations, which have long been voiced but until now it is still being addressed," the monarch said.


His Majesty raised the issue in his birthday titah on July 15, 1996 and more recently at a sitting of the Brunei Islamic Religious Council (MUIB) in March this year.


The sovereign has also urged authorities not to delay in introducing the Act during the MUIB meeting on Monday.


Voicing similar remarks yesterday, the monarch said that despite Brunei being small, the Sultanate has the resources and power to implement Islamic law. Its standing as a Muslim nation also makes it an obligation to carry it out.


"We have no other choice than to obey all of Allah's (SWT) commands."


"If we are still saying no or wait first, (then) this does not make sense," His Majesty said.


His Majesty put forward the notion that without the implementation of Islamic law, it puts into question Brunei's standing with Al-Quran and the Hadiths.


"Because of this, I am called, without any doubt, to see an Islamic Criminal Act established and implemented," His Majesty said, adding that the existing secular laws would not be "pushed" aside.


The monarch noted that the cooperation between the authorities who draft civil and Islamic laws was "good and (this) cooperation needed to be continued".


His Majesty said that Brunei has done something "magnificent and unique" in that it has managed to incorporate Islamic aspects into all its laws.


"We have been tailoring all the civil laws with the requirements of Islam, meaning that (we have) maintained the civil (laws) but in (a) shape and structure that is more based on Islam."


His Majesty was confident that with the implementation of the Islamic Criminal Act, the importance of civil laws will become more transparent.


"For example, when a criminal case cannot be addressed by Syariah (law) due to certain factors, then it will be addressed as a civil (law case), which has also been aligned to Syariah requirements."


"Is this not beautiful? In my opinion, it is very beautiful (and) unique," His Majesty added.


The monarch who was speaking at the opening of an international seminar held at the Bridex hall in Jerudong said he hoped that the event will bring about new ideas that will expedite the establishment of the Islamic Criminal Act.


"I believe that Allah SWT is currently illuminating us with His blessings because of our aspirations, and even providing us with the strength to do so."




sumber: bruneitimes

Brunei belum melaksanakannya, tapi sudah bergerak ke arah melaksanakannya, bagaimana dengan kita Malaysia? Masih belum bersedia? Tidak Sesuai? Kejam? Jawab Di akhirat nanti macam tu? Kasihan pemimpin kita. Marilah kita sebagai rakyat biasa, berdoa agar pemimpin kita meletakkan Islam sentiasa di hadapan.

Read more

Teksi Kenakan Bayaran RM50 Untuk Perjalanan 5 Kilometer

0

Jarak perjalanan tidak sampai lima kilometer, tetapi kadar tambang dikenakan hingga RM50, begitulah sifat tamak sesetengah pemandu teksi mengambil kesempatan terhadap pengguna yang baru tiba di KL Sentral dan ingin ke destinasi seterusnya.


Kadar tambang melampau itu dikenakan kepada penumpang yang ingin ke Mid Valley dari stesen berkenaan oleh pemandu teksi yang turut bertindak sebagai ‘ulat’ bagi menarik pelanggan.


Namun, sikap tidak bertanggungjawab itu mengundang padah apabila mereka ditahan anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) dalam operasi khas di KL Sentral, kelmarin.


Dalam operasi tiga jam bermula jam 7 malam itu, lima pemandu teksi termasuk seorang anggota Rela terjerat apabila pelanggan yang cuba ditipu sebenarnya pegawai yang menyamar.



Ketua Bahagian Penguatkuasaan Spad, Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, operasi itu dijalankan selepas mendapat banyak aduan orang ramai terutama yang baru tiba di stesen berkenaan dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) menaiki bas dan ingin mengambil teksi.


Menurutnya, semua pemandu teksi ditahan tidak menggunakan meter serta mengenakan kadar tambang tidak munasabah ke lokasi seperti KLCC, Taman Tun Dr Ismail dan tempat lain sekitar ibu kota.


“Kami mengesan salah laku pemandu yang meletakkan teksi di parkir berbayar berhampiran pintu ketibaan di KL Sentral, sebelum mencari serta memujuk orang ramai yang baru sampai dari LCCT menaiki bas.


“Mereka memberi pelbagai alasan kepada penumpang yang ingin menaiki teksi mereka seperti destinasi terlalu jauh hingga pemandu tidak mendapat untung jika menggunakan meter dan keadaan jalan sesak menyebabkan perjalanan mengambil masa lama.


“Pengguna mungkin terpedaya dengan pujukan itu dan bersetuju dengan kadar tambang ditetapkan. Mereka kemudian dibawa ke tempat letak kereta berhampiran untuk menaiki teksi. Sebaik menaikinya, pegawai yang menyamar sebagai penumpang terus menahan pemandu berkenaan,” katanya yang turut menyertai operasi itu.


Sebanyak 75 teksi diperiksa dalam operasi bersepadu membabitkan Spad, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pengurusan KL Sentral.

sumber: hmetro

Pernah naik teksi sejauh 30 kilometer dan dikenakan bayaran sebanyak RM45, munasabah atau tidak? Kami bertanya kerana tidak biasa menaiki teksi. Dan pengalaman menaiki prebet sapu lagi mengancam, rm30 untuk 3 kilometer. Ok, kami terkena.



Read more

Thursday, October 13, 2011

Lelaki Buaya Darat Dibelasah Berfoya Dengan Isteri Orang

0

Seorang lelaki buaya darat cedera parah apabila dibelasah termasuk cermin keretanya dipecahkan suami kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa membawa isterinya keluar untuk berfoya-foya, di Arau, Perlis, malam kelmarin.


Difahamkan, mangsa berusia 43 tahun sebelum itu berani apabila keluar bersama isteri orang berusia 40-an yang turut mempunyai seorang anak lelaki berusia 20-an.


Sumber berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam ketika mangsa keluar bersama kekasihnya sebelum kenderaan mereka berhenti di lampu isyarat.

 gambar hiasan


Menurutnya, sejurus selepas itu, kereta lelaki berkenaan dihimpit sebuah kereta lain sebelum suami kekasihnya berusia 49 tahun bersama anaknya meluru turun lalu memukul cermin depan dan belakang kenderaan mangsa hingga pecah.


“Mangsa melarikan diri dengan memandu keretanya menghala ke sebuah kawasan kampung di Jejawi Dalam, di sini, bagaimanapun tindakannya diekori suami kekasihnya itu.


“Kereta mangsa sekali lagi dihimpit kenderaan suami kekasihnya sebelum dia dipaksa keluar,” katanya.


Menurutnya, mangsa dipukul suami kekasihnya menggunakan kayu mengakibatkan dia cedera di tangan.


Katanya, pergelutan yang berlaku beberapa minit berkenaan disedari penduduk kampung sebelum bertindak meleraikan mereka.




sumber: hmetro

Berani sangat bawa isteri orang, sekarang terima padah. Si isteri, apa kes pulak?

Read more

Tiz Zaqyah Makan Bersuap Dengan Remy Ishak

0

Kata tidak bercinta tapi siap makan bersuap?


Itulah apa yang dilaporkan di lokasi penggambaran yang melibatkan pelakon terkenal, Remy Ishak. Tiz dikatakan datang melawat "rakan" nya itu menurut kru kerja di lokasi itu.


Sebelum ini, Remy dan Tiz telah menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa, sebaliknya hanya bersahabat sahaja.



Tapi lain pula keadaannya apabila melihat aksi mereka bersama, menurut kru itu lagi, mereka dikatakan makan sambil bersuap-suap pula. Dah kalau makan bersuap ni, biasanya hanya pasangan kekasih sahaja yang nak manja-manja macam tu.


Apa pun, sebenarnya tak kisahlah mereka nak berkasih sayang ataupun tidak, itu hak mereka, tapi kalau boleh, jujurlah dengan peminat. Tak susah pun nak jujur ni.




sumber: hmetro

Read more

Safee Sali Dilantik Sebagai Kapten Pelita Jaya

0

Safee Sali telah mengesahkan menerusi satu temubual dengan wartawan bahawa beliau secara rasminya telah dilantik menjadi kapten pasukan Pelita Jaya bagi Indonesia Super League musim 2011/2012.


Beliau turut berjanji untuk membawa Pelita Jaya menjuarai Liga Super Indonesia musim akan datang ini.


Moga Safee Sali yang merupakan pemegang no. 55 untuk pasukan itu akan lebih berjaya lagi selepas ini.




sumber: lightshadow

Read more

Lahirkan Bayi Selepas Sertai Marathon

0

Seorang wanita yang sarat mengandung selamat melahirkan seorang bayi perempuan kira-kira tujuh jam selepas dia menamatkan perlumbaan Marathon Chicago, kelmarin.


Amber Miller, 27, mendapat kebenaran doktor untuk menyertai marathonnya yang kelapan dengan syarat dia berselang-seli antara berlari dan berjalan sejauh 42 kilometer itu, tetapi sejurus selepas menamatkan perlumbaan dalam masa 6 jam 25 minit, dia mula berasa sakit untuk bersalin.



"Inilah hari paling sukar dalam hidup saya, " kata Miller yang hamil 39 minggu selepas melahirkan anak keduanya yang diberi nama June, seberat 3.5 kilogram, semalam.




Read more

9 Siti Yang Patut Dicontohi

0

9 Siti patut dijadikan contoh


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.




2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.




3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.


4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).




5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.




6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.




7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.




8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.




9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t. 

 gambar hiasan semata, Siti Nurhaliza bukan Siti yang patut dicontohi ok?


* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?




Read more

Wednesday, October 12, 2011

Trailer The Avengers; Demam Pertemuan Superhero Marvel

0

Anda sedang menanti filem The Avengers yang dijadualkan ditayangkan pada  Mei 2012 depan?


Tidak sabar lagi?




Ini trailer The Avengers yang dikeluarkan oleh pihak Marvel untuk menghangitkan lagi demam anda semua:





Fantastik? Tidak sabar lagi rasanya untuk menonton filem ini setelah menyaksikan trailer yang sangat gempak ini.


Read more

10 Ciri-ciri Lelaki Yang Tak Boleh Dijadikan Calon Suami?

1

  • Lelaki yang sering berkata: “Abang memang sayang kat ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius”. Amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, masih belum bersedia ker? ha.. ini lelaki tarak betoi punya. Diorang nak flirt jer, walhal anda belum ada dalam kamus hidup mereka.

  • Lelaki yang call/sms ikut suka ati diorang jer. Eh ikut suka ati diorang ja nak jumpa kita, nak call kita. Bila kita perlu kan dia, bayang pun tak nampak.


  • Lelaki yang suka ajak dating, tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? ala, korang tak pernah ker pergi dinner berdua?, jejalan berdua, tengok sunset berdua? Kalau orang lain tengok sure ingat korang couple & tengah bercengkerama. Padahal si lelaki tak pikir pun tu dating. Kepada wanita, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti babe.


  • Lelaki yang dah ada awek, tapi selalu sms/call n jumpa anda. Ooo ini lelaki paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di Malaya. Lelaki jenis ni dah ada awek, tapi wanita lain juga dia nak bermesra. Bila kantoi dengan awek, diorang akan cakap korang kawan jer, takkan nak berkawan tak boleh? Amboi. Kalau setiap malam call, bila awek not around, mula naik tocang. Lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku.


  • Lelaki yang pikir apa diorang buat semua betoi. Aduhai, pandangan kita semua salah, dia jer yang betol, Diorang ni jenis penting diri sendiri dan tak kan pikir perasaan orang sekeliling termasukla korang.


  • Lelaki yang blurrrr sentiasa. Contoh nya, lelaki yang tak paham kehendak wanita, even korang cakap terus terang pun dia ingat itu benda remeh ja. Ambil ringan perasaan kita.


  • Lelaki yang tak tahu kehendak sendiri. Kalau la diorang tak reti nak paham kehendak sendiri, korang ingat diorang boleh paham korang?


  • Lelaki yang selalu kacau korang, walaupun korang tu tengah busy menyelamatkan dunia. Lelaki suka sangat nak berkepit dengan korang, tak kira la korang keja ke apa ker. Sikit2 call, sms, nak jumpa. Mula-mula korang rasa ok. Tak lama kemudian korang sure tak tahan. Rimas dan lemas.


  • Lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan korang tak dekati lelaki yg dikutuk. Sah-sah lelaki ni kuat jeles, dan jangan terkejut diorang ni jenis ngada-ngada.


  • Lelaki yang tak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Apa lagi korang harap? buat siksa jiwa jer. nampak sangat lelaki jenis ni sukar nak bahagiakan korang.
Betul ke? Apa pandangan anda?




sumber: sini

Read more

Pian Cecupak Cari Publisiti Murahan?

0

“Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan Pian Cecupak dan saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia, kononnya kami bakal berkahwin.


“Saya tahu Pian sengaja mengeluarkan kenyataan itu untuk mencari publisiti murahan,” kata model sambilan, Aida Hazira Ahmad Razman, 23.


Aida Hazira membidas kenyataan yang dikeluarkan pelakon yang pernah muncul dengan kontroversi suntikan kolagen iaitu Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41 atau Pian Cecupak kononnya mereka merancang untuk berkahwin.



Harian Metro Sabtu lalu melaporkan Pian memberitahu media dia sudah berubah sepenuhnya dan kini merancang untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama wanita idaman yang juga seorang model sambilan, Aida Hazira dalam masa terdekat jika ditemukan jodoh.


Aida ketika ditemui di Ampang Park, di sini, semalam melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon terbabit dan menafikan sekeras-kerasnya dia pernah merancang untuk berkahwin dengan selebriti itu.


“Saya hanya menganggap Pian sebagai kawan. Malah dia juga saya anggap seperti abang kerana dia pernah membantu saya, tidak lebih daripada itu,” katanya.




sumber: hmetro

Pian buat kenyataan palsu atau Aida nak lari dari kenyataan?

Read more

Wanita Mati Akibat DItumbuk Dengan Kuat Di Kepala

0

Seorang wanita yang ditemui mati di Kuarters Pejabat Haiwan Taman Golden Wood, Kuala Kubu Baharu pada Ahad lepas, dipercayai mati akibat tumbukan yang kuat di bahagian kepala dan mukanya.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Afendy berkata, hasil bedah siasat Hospital Kuala Kubu Baharu mendapati mangsa mengalami pendarahan dalam otak akibat perbuatan itu.


"Siasatan awal kita mendapati tiada sebarang objek digunakan. Kesan tumbukan terdapat pada bahagian leher kiri mangsa dan mangsa juga dipercayai tidak dicekik kerana tulang leher mangsa tidak patah,” katanya hari ini.

 gambar hiasan


Bagaimanapun, polis tidak dapat menentukan berapa kali mangsa ditumbuk.


Mangsa dipercayai dibunuh selepas berlaku pertengkaran dengan anggota keluarga terdekatnya.


Mayat S. Gurmeet Kaur, 41, ditemui di atas katil dengan keadaan mukanya berdarah serta mempunyai kesan lebam.


Setiap hari ada sahaja berita mengerikan seperti ini. Adakah dunia sudah tiada tempat yang selamat? 




sumber: kosmo

Read more

iiPhone 4s Dijual 1 Juta Unit Dalam 24 Jam

0

Tempahan untuk iPhone terbaru iPhone 4s di Amerika Syarikat melebihi satu juta unit dalam tempoh 24 jam, mengatasi rekod jualan sehari iPhone 4 iaitu hanya 600,000 unit.


Ekoran itu, pelanggan yang telah menempah iPhone 4s berharga USD 200 perlu menunggu lebih lama apabila ia mula dijual jumaat ini kerana syarikat-syarikat telkomunikasi AS dilaporkan sudah habis menjual stok produk tersebut.




Menurut sumber dari amanz.my, iPhone 4s dijangka akan tiba di Malaysia November atau Disember ini. Adakah anda semua sudah bersedia untuk menjadi antara pengguna pertama di Malaysia?

Perbezaan iPhone dengan Iphone 4s




Read more

Tuesday, October 11, 2011

Buat Laporan Polis Sebab Kena Ugut Cubit Perut Di Facebook

0

Pada 12/05/2011 lebih kurang 1610 hrs semasa saya berada di alamat di atas...


Baca lebih lanjut laporan polis yang mengarut ini.







Tergelak pulak baca laporan camni. Kalau tak silap, ini hanyalah untuk hiburan semata-mata, bukan yang betul  pun. Ke ni laporan betul? Admin sendiri tak pasti.

Read more

Restoran Nak Cepat Kaya; Harga Cekik Darah

0

Seorang pelanggan di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini terkejut apabila dia mendakwa dikenakan bayaran sebanyak RM17.50 untuk segelas teh o ais dan sepinggan nasi berlaukkan ayam goreng, kerabu pucuk paku dan tempe masak sambal.


Menurut pelanggan itu yang cuma ingin dikenali sebagai Ashraf, dia singgah ke restoran tersebut untuk makan tengah hari semalam.


“Saya pertama kali pergi ke kedai makanan itu dan pada saya ia hanya kedai biasa sahaja cuma bahagian dalam mempunyai ruang khusus untuk pendingin hawa.

 Ashraf menunjukkan resit yang diterimanya


“Selepas ambil makanan, saya makan di bahagian luar restoran ini. Kemudian semasa saya ingin membayar makanan, saya diberitahu kena bayar RM4 untuk segelas teh o ais dan RM13.50 untuk makanan,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.


Ashraf yang merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat pengurusan bangunan memberitahu, restoran itu tidak kelihatan seperti sebuah restoran bertaraf lima bintang atau terdapat di hotel.


“Walaupun saya pernah makan di tempat-tempat yang eksklusif dan membayar pada harga yang tinggi untuk perkhidmatan yang disediakan tetapi saya tidak rasa restoran ini bertaraf eksklusif dan pada pandangan saya biasa sahaja dan tiada yang istimewa,” ujarnya.


Harga segelas teh o ais di kebanyakan restoran ialah RM1 hingga RM1.70 manakala sepinggan nasi ayam goreng, kerabu pucuk paku dan tempe masak sambal pula RM5 hingga RM8.




sumber: kosmo

Read more

Peluang Untuk Menjadi Usahawan Francais Kini Terbuka Luas

0

Usahawan bumiputera disaran memberanikan diri untuk menceburi bidang erniagaan francais kerana ia mampu memberi pendapatan lumayan.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, sektor francais menawarkan perlbagai peluang kepada golongan belia untuk memulakan perniagaan dan kerajaan sedia memberi insentif serta bantuan.



"Bukan semua francais itu mahal. Sebenarnya, ada program mikro-francais yang modalnya di bawah RM50,000 dan segala manual perniagaan telah pun disediakan termasuk pengiraan kos dan untung.


"Apa yang diperlukan usahawan adalah keberanian untuk mengambil risiko bagi meninggalkan pekerjaan sedia ada dan memulakan perniagaan yang boleh membawa pulangan lumayan sehingga lebih rm5,000 sebulan," ujarnya.


Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO berkata, golongan belia luar bandar perlu mengambil kesempatan menerusi program jelajah francais itu memandangkan terdapat seramai 588 francaisor di negara ini yang boleh disertai.


"Kerajaan menerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB) menawarkan peruntukan RM8 juta untuk modal pinjaman kepada pengusaha francais, namun pada masa ini, baru RM400,000 yang telah diambil," katanya.



Read more

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri

0

Mungkin dengan melihat gambaran begini, lebih senang diingati berbanding membaca tulisan yang panjang:






Moga sesiapa yang membaca entry ini beroleh manfaat dan ilmu dari perkongsian ini.

sumber: Dila Kirana

Read more

Tiger Woods Dibaling Hot Dog

0

Musim 2011 Tiger Woods terus dirunding malang apabila seorang peminat mencampakkan hot dog ke arahnya ketika pusingan akhir Terbuka Frys.com di Corde Valle, kelmarin.


Ketika insiden itu, Woods yang sedang bersiap sedia untuk meneruskan permainan pada lubang ke 16, tiba-tiba dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang berada di kalangan penonton apabila membaling hot dog ke arah Woods.



Menyedari kejadian itu, Woods berundur daripada membuat pukulan. Lelaki terbabit menyerah diri kepada kakitangan keselamatan dan polis.


Pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti lelaki tersebut, namun menyatakan dia berada dalam keadaan mabuk dan ditahan untuk membantu siasatan.


"Apabila saya melihat ke atas, hot dog melayang ke arah saya.


"Lelaki itu agak jauh dari kedudukan saya. Dia bagaikan sengaja ingin ditahan kerana dia terus meniarap dan melatakkan tangannya ke belakang badan.


"Saya fikir dia ingin masuk surat khabar dan saya pasti hajatnya tercapaim" kata Woodsm pemenang 14 kejuaraan major.




Read more

Penyeludup Guna Lebah Serang Polis

0

Sekumpulan penyeludup bertindak nekad melepaskan sekawan lebah lalu menyengat 15 anggota polis yang menahan lori, semalam, di Ankara, Turki.


Menurut agensi berita Turki, lori yang disyaki membawa muatan rokok seludup itu ditahan polis untuk tujuan pemeriksaan di selatan bandar Andana.



Belum sempat diperiksa,  penyeludup melepaskan sekawan lebah dan menyengat kesemua anggota polis yang berada di kawasan itu dan hasil pemeriksaan kemudian menemui 35,500 kotak rokok seludup.




Read more

Monday, October 10, 2011

Keputusan Penuh Piala Malaysia 2011 Peringkat Suku Akhir Pertama

0

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan peringkat suku akhir pertama Piala Malaysia 2011; 10 Oktober:





Selangor 3 - 1 Perak

Sabah 1 - 2 T-Team

Terengganu 3 - 1 Kelantan

Felda United 1 - 0 Negeri Sembilan








Read more

Program Cari Jodoh; Lelaki Diperlukan!!

0

Hasrat kerajaan Kelantan membantu wanita bujang mencari pasangan melalui penubuhan unit cari jodoh atau `Mahligai Sakinah', kurang mendapat sambutan di kalangan lelaki apabila tidak ramai yang berminat untuk mendaftar.


Sambutan dingin daripada kaum Adam itu menyebabkan unit berkenaan menghadapi masalah untuk mencarikan pasangan sesuai bagi wanita yang berdaftar.



Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, unit ‘Mahligai Sakinah’ yang diwujudkan sejak 2007 itu mendapat sambutan menggalakkan daripada wanita bujang tetapi bilangan calon lelaki yang sedikit menyukarkan pihaknya membuat padanan.


Tanpa menyebutkan angka terkini yang berdaftar, beliau berkata, kekurangan publisiti mengenai Mahligai Sakinah mungkin menjadi antara faktor kurangnya calon lelaki di samping kecenderungan orang muda mencari jodoh sendiri.




sumber: utusanmalaysia

Read more

Lelaki Pukul Ibu Dengan Penyapu

0

Seorang lelaki hari ini diarah dihantar ke Hospital Permai, Johor untuk pemerhatian selepas didakwa memukul ibunya dengan sebatang penyapu.


Ahmad Shukri Abdul Razak, 54, yang dipercayai kurang siuman, diarah menjalani pemeriksaan itu oleh Majistret Noradila Ab Latif ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini.


Berdasarkan kertas pertuduhan, Ahmad Shukri dituduh memukul ibunya, Salasiah Muda, 71, dengan sebatang penyapu di sebuah rumah beralamat Lot 30, Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu, kira-kira 11 malam pada 21 Julai lalu.

 gambar hiasan


Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama.


Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau sebat.


Ahmad Shukri kelihatan tenang dan beberapa kali mengangguk ketika pertuduhan dibacakan.


Nordila menetapkan 2 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan Ngiam Ooi Ming.



sumber: bharian

Betul ke kurang siuman? Atau sekadar alasan untuk elak dari hukuman?

Read more

Single Terbaru Bruno Mars - It Will Rain

0

Sudahkah anda mendengar single terbaru Bruno Mars ini?


Lagu It Will Rain ialah salah satu soundtrack untuk filem Twilight, Breaking Dawn Part I yang akan ditayangkan 18 November ini.


Klip videonya belum di keluarkan, dijangkakan pada 31 Oktober ini, bagaimanapun mari kita layan lagu ini bagi mereka yang masih belum tahu tentang single Bruno Mars yang terbaru ini.





Lirik:


If you ever leave me baby,
Leave some morphine at my door
‘Cause it would take a whole lot of medication
To realize what we used to have,
We don’t have it anymore.


There’s no religion that could save me
No matter how long my knees are on the floor
So keep in mind all the sacrifices I’m makin’
Will keep you by my side
Will keep you from walkin’ out the door.


[Chorus]
Cause there’ll be no sunlight
If I lose you, baby
There’ll be no clear skies
If I lose you, baby
Just like the clouds
My eyes will do the same, if you walk away
Everyday it will rain, rain, rain...


I’ll never be your mother’s favorite
Your daddy can’t even look me in the eye
Oooh if I was in their shoes, I’d be doing the same thing
Sayin there goes my little girl
Walkin’ with that troublesome guy


But they’re just afraid of something they can’t understand


Oooh well little darlin’ watch me change their minds
Yeah for you I’ll try I’ll try I’ll try I’ll try
I’ll pick up these broken pieces ’til I’m bleeding
If that’ll make you mine


[Chorus]
Cause there’ll be no sunlight
If I lose you, baby
There’ll be no clear skies
If I lose you, baby
Just like the clouds
My eyes will do the same if you walk away
Everyday it will rain, rain, rain...


[Bridge]
Don’t just say, goodbye
Don’t just say, goodbye
I’ll pick up these broken pieces ’til I’m bleeding
If that’ll make it right


[Chorus]
Cause there’ll be no sunlight
If I lose you, baby
There’ll be no clear skies
If I lose you, baby
Just like the clouds
My eyes will do the same if you walk away
Everyday it will rain, rain, rain...



Read more

Dilarang Bercium Diatas Platform Keretapi

0

Tahukah anda di Perancis terdapat satu undang-undang dilaksanakan iaitu pasangan dilarang bercium diatas platform keretapi.


Ini dilakukan bagi mengelakkan kelewatan dan juga kesesakan lalu lintas manusia.



Undang-undang ini diperkenalkan sejak 1910 dan masih berkuatkuasa sehingga sekarang. Walaubagaimanapun, tiada sebarang denda atau hukuman dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan ini.


Pelik bin ajaib bukan?



Read more

Pertandingan Menarik; Kejohanan Membawa Isteri

0

Acara tahunan yang diadakan di Sunday River Ski Resort, Maine, Amerika Syarikat ini sememangnya sangat menarik dimana acara yang dinamakan North American Wife Carrying Championship ini melibatkan seorang lelaki merentasi halangan dengan menggendong isterinya sehingga ke garisan penamat.


Pertandingan ini menarik minat pasukan dari Amerika dan Kanada dalam bersaing untuk menentukan siapakah juara membawa isteri.


Antara gambar yang menarik untuk dikongsi bersama:








Read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting