Wednesday, October 5, 2011

Perbezaan Antara iPhone 4 Dengan iPhone 4s

0

Apakah perbezaan diantara iPhone 4 dengan iPhone 4s?


Pasti ramai yang kecewa dengan tindakan Apple mengeluarkan model iPhone 4s, tidak seperti dijangka iaitu iPhone 5.


Dan saham Apple turut turun dengan pengumuman pengeluaran model naik taraf ini.


Apa pun, ini sedikit perbezaan antara iPhone 4 dan iPhone 4s:



Video ciri-ciri iPhone 4s:




Apa pun, saya tak mampu lagi nak beli iPhone ni. hehehehehe..

Read more

Ayah Hukum Anak Dengan Kentut Didepannya

0

Anak buat hal, si ayah merajuk.


Si ayah menghukum anaknya dengan cara kentut bertalu-talu sehingga anaknya menjadi tension. Kenapakah ayahnya berbuat demikian?



Dipersilakan menonton video hukuman ngeri ayah kepada si anak ini:




Kejam betul si ayah ini.

Read more

Tuesday, October 4, 2011

Cekik Budak Kerana Kalah Permainan Komputer

0

Selepas berkali-kali diejek dan dikalahkan dalam permainan komputer di internet, Call of Duty: Black Ops oleh lawannya yang baru berusia 13 tahun, seorang lelaki Mark Bradford hilang pertimbangan lalu pergi ke rumah budak itu di London dan mencekiknya.


Remaja lelaki itu diselamatkan oleh ibunya yang menarik Bradford, menyebabkan lelaki itu beredar dan pulang ke rumahnya di mana dia ditangkap.


"Sangat memalukan seorang lelaki dewasa sanggup menyerang seorang kanak-kanak yang tidak mampu mempertahankan diri," kata wanita itu.


Bradford, 46, mengaku bersalah atas satu tuduhan menyerang dan peguamnya mendakwa, dia mengalami masalah kesihatan mental.



Read more

Bagaimana Menggugurkan Kandungan Berusia 6 Bulan

0

Adakah anda mengetahui bagaimana kandungan berusia 23 minggu dibuang dari faraj ibu?


Kaedah yang dinamakan "dilation and evacuation abortion" ini digunakan untuk menarik kandungan yang telah mati (akibat keguguran), bagi mengelakkan jangkita kuman terhadap si ibu dan juga untuk memastikan rahim kembali berfungsi seperti biasa.


Boleh rujuk gambar ini:



Kejamkah kaedah ini? Ia akan menjadi kejam jika di buat oleh si ibu yang berzina, yang ingin menggugurkan anak dalam kandungannya. Jika dibuat atas dasar perubatan (keguguran) tentulah tidak salah.


Kesimpulannya, jauhi zina!!

Read more

Monday, October 3, 2011

Ditahan Ketika Rancak Berjudi Di Kuantan

0

Seramai 192 orang dipercayai asyik bermain mesin judi di kafe siber diberkas dalam operasi bersepadu di sekitar Kuantan semalam.


Dalam operasi berkenaan disertai 54 pegawai dan anggota polis dari Bukit Aman, kontinjen Pahang dan daerah serta Majlis Perbandaran Kuantan menyerbu 16 premis kafe siber di sini. Polis merampas 401 komputer dianggarkan bernilai RM406,140, wang tunai RM5,140 dan menahan 19 orang penjaga premis berkenaan dalam operasi tersebut, kata Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani kepada pemberita hari ini.


"Seramai 192 orang lelaki dan perempuan termasuk tiga pendatang tanpa izin berumur 18 hingga 64 tahun yang ditahan itu sedang bermain judi ketika serbuan dibuat," katanya.


Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4D(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Sharifuddin berkata, bermula Januari hingga September lalu, sebanyak 163 serbuan terhadap premis perjudian dilakukan di Pahang menghasilkan tangkapan 732 orang berbanding 361 tangkapan dalam tempoh sama tahun lalu.



sumber: beritaharian

Read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting