Friday, October 7, 2011

Fida Putuskan Hubungan Cinta Dengan Mamat

0

Fida memutuskan hubungan cinta dengan Mamat untuk meredakan keadaan yang makin rumit.


Ikuti temubual eksklusif dengan Fida:
  • Status hubungan sekarang selepas isu nampak rambut.
    Hubungan kami sebelum ini sebenarnya tergantung dan memang itu keputusan kami bersama untuk meredakan keadaan yang nampak semakin rumit ketika itu.


    Tetapi, selepas di fikirkan balik, Fida buat keputusan sendiri di sebelah pihak Fida yang hubungan ini perlu di putuskan sekarang atau situasi akan menjadi lebih buruk.



    • Adakah keputusan ini berpunca semata keran isu gambar atau ada faktor lain
    Isu gambar saya yang Maamat sebarkan itu adalah salah satu faktor dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan Fida menarik diri dari hubungan ini.


    Mamat baik sebenarnya. Kalau kenal rapat, dia memang baik tetapi buat masa sekarang biarlah Fida tumpukan kepada karier, keluarga dan perniagaan Fida sahaja.


    • Fida buat keputusan ini tanpa berbincang dengan Mamat, tidak takut Mamat marah kerana tahu melalui media?
    (Ketawa) Fida harap dia faham keputusan Fida. Itu sahaja dan kami bukannya ada hubungan sah macam suami isteri atau apa apa dan keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Kami baru mahu menapak dalam dunia seni.


    • Ada pesanan untuk Mamat kalau dia membaca tulisan kami?


    Fida harap di masa akan datang kalau dijodohkan dalam satu projek bersama, kita berdua boleh bekerja secara professional dan tidak biarkan apa yang terjadi ganggu kerja kita berdua.





    Sekian.


    Ada yang berminat dengan Fida?

    sumber: rotikaya

    Read more

    CUEPACS Wajar Perjuang Kenaikan Gaji, Bukan Bonus

    0

    Semua rakyat Malaysia ternanti-nanti pembentangan Belanjawan 2012 yang dijangka dibentangkan petang ini. Mungkin ada sesuatu yang menarik untuk kita kecapi hasil daripada pembentangan tersebut.


    Sebagai kakitangan awam, saya amat tertunggu-tunggu jika belanjawan kali ini akan memberi manfaat untuk semua kakitangan awam. Terbaru Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) melalui Presidennya, Datuk Omar Osman, mengemukakan tuntutan untuk dipertimbangkan dalam belanjawan 2012.






    Antaranya beliau mengharapkan pemberian dua bulan bous kepada kakitangan awam, semakan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM), melanjutkan umur bersara dan pelbagai insentif lain.


    Di sini ingin saya sebutkan sedikit mengenai pemberian bonus dua bulan. Jika benar CUEPACS menitikberatkan kemampuan kuasa beli kakitangan awam hari ini yang sangat rendah, mengapa dituntut pemberian bouns? Kenapa tidak dituntut kenaikan gaji atau pelarasan gaji?


    Kenaikan gaji lebih membantu jika dibandingkan dengan bonus. Bonus tidak mungkin dapat diterima setiap tahun, tetapi kenaikan gaji walaupun sedikit dapat diterima setiap bulan dan setiap tahun.


    Saya benar-benar keliru mengapa sering sangat menuntut bonus, tetapi jarang sekali menuntut kenaikan gaji. Tidakkah CUEPACS tahu pemberian bonus sama ada sebulan, dua bulan atau tiga bulan hanya menguntungkan mereka yang bergaji besar sahaja. Ia tidak sangat dirasai oleh merka yang masih bergaji RM600.00.


    Oleh itu, jika benar CUEPACS ingin menjadi jaguh kepada nasib anggota awam, tuntutlah kenaikan gaji atau pelarasan gaji. Kenaikan ini mampu meningkatkan sedikit kuasa beli rakyat (kakitangan awam) setiap masa, bukannya bermusim seperti bonus.


    Justeru, CUEPACS patut lebih relevan dalam setiap tuntutannya agar kakitangan awam benar-benar dapat merasai nikmat di atas usaha yang CUEPACS lakukan.



    sumber: surat dari pembaca kepada UtusanMalaysia

    Read more

    Gambar Budak Digigit Beruk

    0

    Seorang kanak-kanak berusia Nurul Iman Abdullah, 3, cedera teruk digigit oleh beruk perliharaan jiran datuknya, Rosli Adom, 46.


    Kejadian itu berlaku di Projek Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) Bukit Merah.


    Sangat ngeri melihat kesan luka kanak-kanak ini. Berhati-hati agar tidak berlaku kepada anda.



    sumber: harianmetro

    Read more

    Thursday, October 6, 2011

    Ketua Polis Saman Isteri Sendiri

    0

    Seorang ketua polis di New Jersey, Amerika Syarikat berpendirian tegas tiada sesiapa pun yang boleh terlepas daripada tindaka undang-undang, termasuklah isterinya sendiri.

     gambar hiasan

    Ketua Polis Lodi, Vincent Caruso mengarahkan seorang anggota polis mengeluarkan saman letak kereta terhadap isterinya atas kesalahan menghalang lalu lintas semasa wanita itu menurunkan anak mereka di sekolah.


    Caruso yang membayar saman USD 54 (RM162) itu berkata, beliau tidak mahu isterinya diberi layanan istimewa semata-mata kerana dia bersuamikan seorang pegawai kanan polis.



    Polis Malaysia macam mana?

    Read more

    Steve Jobs Meninggal Pada Usia 56 Tahun

    0

    Bekas CEO dan pengasas Apple Inc. telah neninggal dunia.


    "Kami amat sedih untuk mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia hari ini" menurut sumber dari Apple.



    Beliau telah mengambil cuti sakit sebanyak 3 kali sejak 7 tahun lepas. Bermula dari 2004 sejak dia disahkan menghidap kanser pankreas, satu penyakit yang boleh membawa maut, tapi beliau pulih selepas pembedahan.


    "Dunia menjadi lebih baik dengan inovasi Steve." tambah sumber itu lagi


    Sumber berasingan dari keluarga Jobs, berkata, "Jobs meninggal dengan aman dikelilingi oleh keluarga beliau."


    Apakah Apple akan terus cemerlang tanpa Steve Jobs?



    sumber: heraldsun

    Read more

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

     
    Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting