Monday, October 10, 2011

Lelaki Menyamar Polis Tahan Polis Sebenar

0

Helah seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis tidak berjaya apabila dia menahan seorang polis sebenar, di New Mexico, Amerika Syarikat.


Menurut polis, Tyree Appleberry, 42, cuba menahan seorang lelaki kerana kesalahan meletak kenderaan tanpa menyedarinya adalah seorang detektif dari Jabatan Polis Albuquerque.

 gambar hiasan

Appleberry bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dengan menjelaskan dia hanya bertanya mengapa lelaki (detektif) itu meletakkan kenderaan di tapak lelongan kereta, tempat rakan-rakannya bekerja.



Read more

Sunday, October 9, 2011

Suami Nafsu Liar Berkhalwat Bersama Wanita Bukan Islam

0

Meskipun sudah beristeri dan mempunyai dua anak, nafsu buas seorang lelaki berstatus suami dan bapa masih tidak dapat dikawal apabila dicekup berkhalwat bersama wanita bukan Islam di hotel di Jalan Irving, di Georgetown, kelmarin.


Dalam kejadian jam 3 petang, lelaki berusia 30-an itu ditemui bersama seorang wanita juga berusia 30-an yang ketika itu hanya berkemban menggunakan tuala.




Ketua Unit Operasi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Khairul Azman Azizan berkata, pemeriksaan di dalam bilik itu menemui seorang lelaki di dalam bilik dan pemeriksaan mendapati suspek beragama Islam dan mengaku berkahwin serta mempunyai dua anak.


Katanya, lelaki itu mengaku membayar RM40 kepada wanita terbabit untuk mengurut badannya di bilik hotel.

sumber: hmetro

Malang betul nasib isteri kepada lelaki ini.



Read more

Aktiviti Beli Dadah Di Kaki Lima Di Kuala Lumpur

0

Ikuti video yang dirakam wartawan ini berhubung isu penjualan syabu di kaki lima:




Jika penjualan dadah semudah dan sebebas ini, maka tidak hairan jika kanak-kanak pun sudah pandai hisap dadah di usia muda. Kerjasama segenap lapisan masyarakat amat diperlukan untuk membanteras kegiatan ini daripada berleluasa.

gambar hiasan

Read more

Suspek Kes Dadah Mati Terjatuh Bangunan

0

Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kes dadah terbunuh selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah hotel ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis di Klang, Selangor hari ini.


Dalam serbuan sama, tiga lagi suspek termasuk seorang wanita warga Indonesia berumur 30 tahun turut ditahan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata dalam kejadian jam 9.25 pagi itu, sepasukan anggota polis dari Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang menyerbu bilik yang didiami lelaki berkenaan tetapi penghuninya enggan membuka pintu menyebabkan polis cuba memecah masuk dengan menendang pintu itu.


Beliau berkata kira-kira 10 minit kemudian pintu bilik dibuka oleh seorang wanita warga Indonesia dan ketika polis membuat pemeriksaan, lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai telah terjun dari tingkap tandas bilik hotel ketika cuba mengelak daripada ditahan.


"Pengurus hotel bertugas yang turut serta dalam serbuan itu kemudian menemui mayat lelaki berkenaan di pelantar tingkat dua dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.


"Turut ditemui di sebelah mayat lelaki yang hanya memakai seluar jeans itu ialah beberapa paket dadah jenis syabu dan pil-pil ecstacy," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.


Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu yang mendaftar masuk ke hotel berkenaan semalam mempunyai dua rekod kesalahan lalu iaitu membabitkan dadah dan curi motosikal.
Mohamad berkata pemeriksaan di bilik itu turut menemui beberapa paket dadah dan kunci kereta.


Siasatan polis seterusnya menemui sebuah kereta jenis Iswara Aeroback merah yang diletakkan di tepi jalan berhadapan hotel itu dan pemeriksaan menjumpai dadah jenis heroin seberat kira-kira 400 gram di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan kereta itu, katanya.


Mohamad berkata dalam serbuan berkenaan, polis terlebih dahulu menahan dua suspek lelaki berumur 30 dan 50 tahun di bilik berdekatan bersama beberapa paket dadah dan kedua-dua mereka dipercayai mengenali lelaki serta wanita Indonesia itu.


"Dua suspek terbabit dan wanita Indonesia itu kini ditahan serta disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.



sumber: bharian

Read more

Polis Tercampak Dari Van Tapi Masih Terselamat

0

Seorang polis yang sedang memandu van tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kereta ketika memandu pada kelajuan tinggi.


Bagaimanapun, polis itu terselamat. Video yang dirakam menunjukkan polis itu tercampak dari van yang dipandunya.

gambar hiasan

Ini video yang telah di muat naik:




Lokasi kemalangan dipercayai di Russia. Beliau sangat bernasib baik.


Read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting