Friday, October 14, 2011

Keputusan Penuh Piala Malaysia 2011 Peringkat Suku Akhir Kedua

0

Keputusan Rasmi


Kelantan 2 - 2 Terengganu


Terengganu layak ke separuh akhir dengan agregat 5 - 3.


Perak 0 - 1 Selangor


Selangor layak ke separuh akhir dengan agregat 4 - 1.


T-Team 2 - 1 Sabah


T-Team layak ke separuh akhir dengan agregat 4 - 2.


Negeri Sembilan 3 - 0 Felda United.


Negeri Sembilan layak ke separuh akhir dengan agregat 3 - 1.



Perlawanan Separuh Akhir


Terengganu vs Selangor


T-Team vs Negeri Sembilan


Pperlawanan dijadualkan pada 18 dan 22 Oktober ini.


Syabas kepada pasukan yang layak.






Read more

Pian Cecupak Minta Maaf Ekoran Isu Publisiti Murahan Yang Tercetus

0

Selepas kenyataan balas dari Aida Hazira beberapa hari lepas berkaitan Pian Cecupak yang mendakwa akan berkahwin dengan Aida, sekarang Pian sudah pun meminta maaf ekoran hangatnya situasi ini.


Berikut print screen kenyataan Pian:

Pian sudah minta maaf, jadi harapnya isu ini tidak lagi dipanjangkan. Semoga menjadi iktibar kepada artis-artis lain.





Read more

Isu Hukum Islam; Siapa Kita Untuk Berkata, Tunggu Dulu

0

"Tunggu dulu, kita laksanakanlah hukum ni bila kita sudah bersedia. Sekarang kita belum bersedia." mungkin jawapan begini kerap kita baca di dada akhbar, samada keluar dari orang yang tak berilmu, mahupun yang berilmu.


Bilakah kita akan bersedia? 10 tahun lagi? 50 tahun lagi? Jika belum bersedia sekalipun, sepatutnya langkah ke arah untuk bersedia itu sudah digerakkan. Tapi jika tak bersedia, dan tak buat apa-apa, sampai bila pun takkan dapat bersedia.


Tertarik dengan laporan akhbar The Brunei Times, artikel yang bertajuk, "Who are we to say 'wait'?" atau dalam bahasa melayu, "Siapa kita untuk berkata 'tunggu'?".


Itulah sebahagian daripada titah pemerintah Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah ketika pelancaran Seminar Antarabangsa Hukum Islam.


Ini adalah laporan tentang ucapan baginda dalam bahasa inggeris:


"WHO ARE WE, in the presence of Allah (SWT), to say 'no or wait'; considering that (Islamic) law was not only formulated, but has been stated in Al-Quran and Al-Hadiths for more than 1,400 years."


This was the message in the titah of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam who yesterday reiterated calls for Brunei to implement Islamic law, particularly through the establishment of an Islamic Criminal Act.


"This is among my main aspirations, which have long been voiced but until now it is still being addressed," the monarch said.


His Majesty raised the issue in his birthday titah on July 15, 1996 and more recently at a sitting of the Brunei Islamic Religious Council (MUIB) in March this year.


The sovereign has also urged authorities not to delay in introducing the Act during the MUIB meeting on Monday.


Voicing similar remarks yesterday, the monarch said that despite Brunei being small, the Sultanate has the resources and power to implement Islamic law. Its standing as a Muslim nation also makes it an obligation to carry it out.


"We have no other choice than to obey all of Allah's (SWT) commands."


"If we are still saying no or wait first, (then) this does not make sense," His Majesty said.


His Majesty put forward the notion that without the implementation of Islamic law, it puts into question Brunei's standing with Al-Quran and the Hadiths.


"Because of this, I am called, without any doubt, to see an Islamic Criminal Act established and implemented," His Majesty said, adding that the existing secular laws would not be "pushed" aside.


The monarch noted that the cooperation between the authorities who draft civil and Islamic laws was "good and (this) cooperation needed to be continued".


His Majesty said that Brunei has done something "magnificent and unique" in that it has managed to incorporate Islamic aspects into all its laws.


"We have been tailoring all the civil laws with the requirements of Islam, meaning that (we have) maintained the civil (laws) but in (a) shape and structure that is more based on Islam."


His Majesty was confident that with the implementation of the Islamic Criminal Act, the importance of civil laws will become more transparent.


"For example, when a criminal case cannot be addressed by Syariah (law) due to certain factors, then it will be addressed as a civil (law case), which has also been aligned to Syariah requirements."


"Is this not beautiful? In my opinion, it is very beautiful (and) unique," His Majesty added.


The monarch who was speaking at the opening of an international seminar held at the Bridex hall in Jerudong said he hoped that the event will bring about new ideas that will expedite the establishment of the Islamic Criminal Act.


"I believe that Allah SWT is currently illuminating us with His blessings because of our aspirations, and even providing us with the strength to do so."




sumber: bruneitimes

Brunei belum melaksanakannya, tapi sudah bergerak ke arah melaksanakannya, bagaimana dengan kita Malaysia? Masih belum bersedia? Tidak Sesuai? Kejam? Jawab Di akhirat nanti macam tu? Kasihan pemimpin kita. Marilah kita sebagai rakyat biasa, berdoa agar pemimpin kita meletakkan Islam sentiasa di hadapan.

Read more

Teksi Kenakan Bayaran RM50 Untuk Perjalanan 5 Kilometer

0

Jarak perjalanan tidak sampai lima kilometer, tetapi kadar tambang dikenakan hingga RM50, begitulah sifat tamak sesetengah pemandu teksi mengambil kesempatan terhadap pengguna yang baru tiba di KL Sentral dan ingin ke destinasi seterusnya.


Kadar tambang melampau itu dikenakan kepada penumpang yang ingin ke Mid Valley dari stesen berkenaan oleh pemandu teksi yang turut bertindak sebagai ‘ulat’ bagi menarik pelanggan.


Namun, sikap tidak bertanggungjawab itu mengundang padah apabila mereka ditahan anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) dalam operasi khas di KL Sentral, kelmarin.


Dalam operasi tiga jam bermula jam 7 malam itu, lima pemandu teksi termasuk seorang anggota Rela terjerat apabila pelanggan yang cuba ditipu sebenarnya pegawai yang menyamar.



Ketua Bahagian Penguatkuasaan Spad, Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, operasi itu dijalankan selepas mendapat banyak aduan orang ramai terutama yang baru tiba di stesen berkenaan dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) menaiki bas dan ingin mengambil teksi.


Menurutnya, semua pemandu teksi ditahan tidak menggunakan meter serta mengenakan kadar tambang tidak munasabah ke lokasi seperti KLCC, Taman Tun Dr Ismail dan tempat lain sekitar ibu kota.


“Kami mengesan salah laku pemandu yang meletakkan teksi di parkir berbayar berhampiran pintu ketibaan di KL Sentral, sebelum mencari serta memujuk orang ramai yang baru sampai dari LCCT menaiki bas.


“Mereka memberi pelbagai alasan kepada penumpang yang ingin menaiki teksi mereka seperti destinasi terlalu jauh hingga pemandu tidak mendapat untung jika menggunakan meter dan keadaan jalan sesak menyebabkan perjalanan mengambil masa lama.


“Pengguna mungkin terpedaya dengan pujukan itu dan bersetuju dengan kadar tambang ditetapkan. Mereka kemudian dibawa ke tempat letak kereta berhampiran untuk menaiki teksi. Sebaik menaikinya, pegawai yang menyamar sebagai penumpang terus menahan pemandu berkenaan,” katanya yang turut menyertai operasi itu.


Sebanyak 75 teksi diperiksa dalam operasi bersepadu membabitkan Spad, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pengurusan KL Sentral.

sumber: hmetro

Pernah naik teksi sejauh 30 kilometer dan dikenakan bayaran sebanyak RM45, munasabah atau tidak? Kami bertanya kerana tidak biasa menaiki teksi. Dan pengalaman menaiki prebet sapu lagi mengancam, rm30 untuk 3 kilometer. Ok, kami terkena.



Read more

Thursday, October 13, 2011

Lelaki Buaya Darat Dibelasah Berfoya Dengan Isteri Orang

0

Seorang lelaki buaya darat cedera parah apabila dibelasah termasuk cermin keretanya dipecahkan suami kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa membawa isterinya keluar untuk berfoya-foya, di Arau, Perlis, malam kelmarin.


Difahamkan, mangsa berusia 43 tahun sebelum itu berani apabila keluar bersama isteri orang berusia 40-an yang turut mempunyai seorang anak lelaki berusia 20-an.


Sumber berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam ketika mangsa keluar bersama kekasihnya sebelum kenderaan mereka berhenti di lampu isyarat.

 gambar hiasan


Menurutnya, sejurus selepas itu, kereta lelaki berkenaan dihimpit sebuah kereta lain sebelum suami kekasihnya berusia 49 tahun bersama anaknya meluru turun lalu memukul cermin depan dan belakang kenderaan mangsa hingga pecah.


“Mangsa melarikan diri dengan memandu keretanya menghala ke sebuah kawasan kampung di Jejawi Dalam, di sini, bagaimanapun tindakannya diekori suami kekasihnya itu.


“Kereta mangsa sekali lagi dihimpit kenderaan suami kekasihnya sebelum dia dipaksa keluar,” katanya.


Menurutnya, mangsa dipukul suami kekasihnya menggunakan kayu mengakibatkan dia cedera di tangan.


Katanya, pergelutan yang berlaku beberapa minit berkenaan disedari penduduk kampung sebelum bertindak meleraikan mereka.




sumber: hmetro

Berani sangat bawa isteri orang, sekarang terima padah. Si isteri, apa kes pulak?

Read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting